Kolumnis

PEMUDA PAS PERAK PUN NAK TUMPANG GLAMOUR!

Tiada apa-apa yang menghairankan jikalau Pemuda PAS Perak menyatakan sokongan terhadap kenyataan Mat Sabu. Malah tidak juga menghairankan jikalau Pemuda PAS Perak akan sanggup berparang dan bertombak semata-mata untuk mempertahankan pendapat Mat Sabu walaupun pendapat Mat Sabu tidak betul dan tidak tepat.

Sebabnya sangat mudah…

Sebagai pendokong fahaman ASSOBIYYAH PEKAT, Pemuda PAS Perak hanya sekadar menjalankan fahaman assobiyyah yang menjadi rukun kehidupan dan akidah mereka. Pemuda PAS Perak akan memberikan sokongan terkuat untuk para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Tidak timbul sama ada pendapat itu benar atau tidak, asalkan ianya datang dari mulut para pemimpin dan ahli PAS, maka ia akan disokong biarpun terpaksa menggadaikan akidah dan menghilangkan maruah.

Hujah PAS sangat mudah. Anggota-anggota keselamatan yang dibunuh oleh komunis pada tahun 1950 di Bukit Kepong itu adalah kakitangan British. Ada juga yang berhujah, anggota-anggota polis itu bukannya bertugas menjaga keselamatan penduduk, sebaliknya hanya menjaga estet-estet getah British.

Yang mereka tidak terangkan ialah bagaimana orang kampung bersatu menentang komunis sehingga ada sebahagian daripada mereka ditembak, dibunuh, malahan dibakar hidup-hidup oleh komunis dalam serangan tersebut, termasuklah seorang kanak-kanak.

Masakan orang kampung yang terkorban itu juga merupakan sebahagian daripada kakitangan penjajah? Masakan majoriti penduduk Tanah Melayu pada waktu itu yang menentang komunis telah dibayar oleh Inggeris untuk jadi pengkhianat?

Yang menimbulkan persoalan ialah, bagaimana pula dengan guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah dan dibayar pula oleh kerajaan British? Adakah mereka juga pengkhianat sedangkan sebahagian besar daripada mereka menjadi pencetus kepada semangat mahukan kemerdekaan negara ini?  Bagaimana pula dengan kakitangan lain, termasuklah pendaftar pertubuhan yang telah mendaftarkan PAS sebagai sebuah parti politik? Adakah mereka juga talibarut Inggeris?

Begitu juga dengan pengimport pakaian, makanan serta pelbagai barangan kegunaan lain?

Alasan yang diberikan oleh para pemimpin dan pencacai PAS untuk menghalalkan pandangan Mat Sabu ialah anggota-anggota polis di Bukit Kepong itu menerima gaji daripada Inggeris mewajarkan mereka dibunuh oleh Mat Indera dan ketuanya, Goh Peng Tun bersama-sama lebih kurang 200 orang komunis. Dengan beralasankan DUIT, maka tiadalah jasa anggota-anggota polis tersebut kepada masyarakat dan negara ini terutama dalam menjaga keselamatan, kerana dikatakan balai polis Bukit Kepong itu berada jauh dari kawasan penempatan penduduk.

Kononnya, Pemuda PAS Perak menyokong pendapat Mat Sabu berdasarkan alasan-alasan yang relevan. Alasan-alasan relevan mereka hanyalah bersandarkan kepada DUIT dan tempoh masa. Dan kerana DUIT serta tempoh masa itulah juga, maka Komunis dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan negara, biarpun Komunis samalah seperti Portugis yang ‘memerdekakan’ Melaka daripada Kesultanan Melayu, Belanda yang ‘memerdekakan’ Melaka dari Portugis dan Inggeris yang ‘membebaskan’ Melaka dari tangan Belanda.

Fakta yang tidak dapat disanggah ialah, komunis tidak mendapat sokongan daripada penduduk Tanah Melayu seandainya benar mereka adalah kumpulan pejuang kemerdekaan. Dari awal mula kewujudan Parti Komunis Malaya lagi, tidak pernah satu sokongan pun diterima oleh komunis dari rakyat biasa, kecuali kelompok nasionalis golongan kiri yang terpaksa melarikan diri daripada British.

Nama-nama nasionalis golongan kiri seperti Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob dan sebagainya, kekal dalam lipatan sejarah dan dalam buku-buku sejarah yang dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah. Bagaimanapun, mereka yang terlibat sepenuhnya dengan komunis tidak akan dianggap sebagai pejuang kemerdekaan, sebaliknya mereka adalah talibarut komunis yang cuba menjajah Tanah Melayu.

Perkara yang sangat mudah, tetapi telah disusahpayahkan oleh PAS semata-mata untuk menyokong pendapat Timbalan Presiden PAS mereka yang bengap, bahlol dan semberono!!!!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");