Perak Hari Ini

Program kebajikan empat peringkat

SUNGAI SIPUT (U) – Empat program kebajikan dilancarkan serentak di peringkat Umno Bahagian Sungai Siput sebagai usaha menjenguk masalah rakyat dan membantu golongan kurang berkemampuan.

Empat aktiviti turun padang itu ialah Puteri Menyusur Akar, Skuad Sayang Jalinan Kasih, Pemuda Prihatin dan aktiviti kebajikan dianjurkan Umno Bahagian Sungai Siput.

Ketua Umno Daerah Sungai Siput, Datuk Mohd Dzulkifli Harun, berkata, sempena itu kesemua peringkat mengadakan konvoi dari rumah ke rumah.

Menurutnya, melalui pendekatan sedemikian, pemimpin akan lebih peka terhadap kehidupan masyarakat dan boleh berhubung secara terus.

“Lebih 900 penduduk di seluruh Parlimen Sungai Siput menerima manfaat daripada aktiviti kebajikan ini termasuk ibu tunggal, golongan miskin, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit terlantar.

“Mereka dipilih oleh pemimpin peringkat kawasan masing-masing yang membantu mengenal pasti golongan layak,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno Sungai Siput, Ramfizah Ramli berkata, Puteri menyusur akar antara aktiviti kebajikan tahunan yang dijalankan bahkan ahli sendiri menghulurkan sumbangan peribadi.

Katanya, pihaknya bukan sekadar membantu golongan kurang bernasib baik, tetapi turut meraikan mereka pada musim perayaan.

“Seramai 20 ahli puteri menyertai konvoi dari rumah ke rumah untuk menghantar bantuan dan beramah mesra dengan penduduk,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");