Perak Hari Ini

Timbalan Presiden PAS digesa pohon maaf

Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Rusnah Kassim, berkata Mat Sabu perlu bertanggungjawab dengan kenyataan yang dibuat dan berfikir secara rasional sebelum membuat sesuatu kenyataan atau tindakan.

“Sebagai pemimpin, malah pemimpin nombor dua dalam sebuah parti Islam, tindakan itu jelas menunjukkan beliau (Mat Sabu) seorang yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dengan perbuatan yang dilakukan.

“Dia sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti masyarakat sekeliling, apatah lagi kenyataan yang dibuat itu membabitkan fakta sejarah,” katanya.

Selain itu katanya, sebagai pemimpin seharusnya lebih beretika dan lebih bertanggungjawab dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

“Kenyataannya itu bukan saja menyinggung perasaan waris atau ahli keluarga yang berkaitan, malah mengecewakan rakyat di negara ini.

“Apatah lagi dengan anggota pasukan keselamatan yang selama ini berjuang berhabisan dan ada yang terkorban semata-mata untuk menjaga keamanan negara,” katanya. – Perak BN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");