Jenayah

Pelbagai persediaan menjelang Tahun Melawat Perak 2012

Menjelang Tahun Melawat Perak 2012, kerajaan negeri telah merangka pelbagai usaha untuk penambahbaikan beberapa destinasi pelancongan di Perak.

Exco Pelancongan, Datuk Hamidah Osman memberitahu aspek semangat untuk mempertingkatkan sektor perlancongan menjadi teras kepada perancangan negeri dimana menerusi Rancangan Malaysia ke Sepuluh, Perak telah memperuntukkan lebih RM 18.7 juta untuk tujuan itu.

Terang Hamidah, setakat ini beberapa kawasan pelancongan akan dilawati bagi memastikan setiap destinasi menyediakan suasana yang kondusif bersesuaian dengan hasrat kerajaan negeri.

Katanya, apa yang penting, setiap pelancong yang mengunjungi destinasi terbabit perlu menikmati suasana terbaik dan unik berbanding lawatan mereka ke negeri-negeri lain.

“Di peringkat sekarang kita dapat beberapa kawasan pelancongan perlu diubahsuai sedikit… seperti di Dataran Stesyen Keretapi dimana kita dapat pokok-pokok telah menghalang pandangan reka bentuk sejarah yang ada selain itu jika pokok-pokok dikawasan berkenaan diubah maka akan wujud kesinambungan antara bangunan berkenaan dengan bangunan ‘Town Hall’ MBI yang terletak bertentangan.

“Dengan ini maka kita boleh hasilkan satu kawasan dengan bangunan reka bentuk sejarah yang unik… ini bukan sahaja boleh menarik pelancong untuk melihat malah boleh juga dijadikan sebagai destinasi pengambaran.

Selain itu jelas Hamidah lagi, kawasan tumpuan seperti Stesyen Bas Medan Kidd juga akan menjadi fokus utama kerja-kerja penambahbaikan sebagai usaha mengindahkan destinasi berkenaan untuk menarik lebih ramai pelancong.

Bagi merealisasikan pendekatan itu, pihaknya membuat keputusan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan itu bagi memudahkan laluan bas ekspress.

Selain itu katanya, di kawasan berkenaan juga, kerajaan Perak merancang untuk membuka Pusat Penjaja yang lebih kondusif bagi meningkatkan keselesaan pengunjung sama ada pelancong tempatan mahupun luar negara.

“Kita tidak boleh menolak bahawa Stesyen Keretapi dan Medan Kidd adalah antara kawasan tumpuan kerana kebanyakkan pelancong datang ke Perak dengan menaiki kedua-dua perkhidmatan tersebut… jadi langkah-langkah untuk mengindahkan kedua-dua destinasi ini perlu dititikberatkan.

“Dalam pada itu, misi Jejak Warisan yang kita rancang pun mendapat sambutan dari pelancong-pelancong luar… jadi kita harap keadaan ini tidak akan berakhir malah akan lebih meningkat sehingga tahun hadapan,” katanya

Hamidah ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penerangan Pelancongan Ipoh pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");