Perak Hari Ini

Sungai tercemar akibat pembuangan sampah

Aktiviti pembuangan sampah dipercayai menjadi punca sungai di Kampung Haji Mat Ashek tercemar hingga menimbulkan rungutan di kalangan penduduk kampung, kata Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Ahmad.

Sehubungan itu, beliau menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri agar mengambil tindakan segera bagi mengatasi perkara itu dan menangani masalah hakisan sungai di kampung berkenaan.

Beliau berkata, jika masalah itu tidak ditangani segera, ia akan menimbulkan kesulitan kepada penduduk yang menggunakan air sungai untuk kegunaan tanaman pertanian mereka.

“Sungai di Kampung Haji Mat Ashek tercemar akibat pembuangan sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga menimbulkan  rungutan di kalangan penduduk.

“Saya berharap agar JPS dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut selain menyelesaikan masalah hakisan di sungai berkenaan,” katanya selepas melawat sungai di kampung itu baru-baru ini.

Menurut Raja Ahmad Zainuddin, selain kelapa sawit, penduduk juga mengusahakan dusun serta tanaman pertanian lain di kampung itu yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Dalam perkembangan lain, sebanyak RM40,000 katanya, dibelanjakan bagi melaksanakan kerja memperbaiki Masjid Felda Ijok, termasuk memperbesarkan ruang solat.

“Dengan peruntukan yang disediakan itu, kita harap jemaah dalam menunaikan ibadah dalam keadaan yang lebih selesa dan sempurna apabila ruang solat diperbesarkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");