Perak Hari Ini

Ambil tindakan tegas terhadap Ambiga

UMNO Bahagian Parit mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program Seksualiti Merdeka 2011 termasuk Datuk S. Ambiga kerana jelas membawa kepada kehancuran kehidupan beragama di negara ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Parit, Mohd. Nizar Zakaria berkata, pihaknya yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu bertindak terhadap penganjuran program tersebut tanpa menunggu desakan mana-mana pihak.

“Jika hak asasi untuk melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan timbul pula hak asasi untuk mencuri, merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah bersandarkan hak asasi.

“Tindakan tegas perlu diambil dan perlu dihalang dengan segala kemampuan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Ambiga di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, Seri Iskandar dekat Parit.

Hadir sama Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit, Asmah Laily Abd Rahman.

Mohd. Nizar yang juga Ahli Parlimen Parit mengulas tindakan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 sehingga 13 November depan.

Antara penaja dan penyokong program tersebut ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan. – Nooraini Mahamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");