Kolumnis

Golongan LGBT: Layakkah Mereka Digelar Manusia?

Sebagaimana kita maklum, sebuah festival yang dinamakan “Seksualiti Merdeka” telah bermula semalam dan dijadualkan berakhir pada 13 November ini. Anda tahu apa itu Seksualiti Merdeka? Ia adalah sebuah festival meraikan dan memperjuangkan hak-hak golongan lesbian, gay, transgender (tukar jantina) dan biseksual (lelaki boleh, perempuan pun boleh!) atau dikenali sebagai LGBT.

Festival ini pertama kali diadakan pada tahun 2008 dan kali ini adalah ulangtahun yang ketiganya. Festival ini disokong oleh Amnesty International Malaysia, Majlis Peguam, Suaram, Tenaganita dan beberapa NGO lain di negara ini. Antara tokoh mereka adalah Ambiga Sreevenasan, Irene Fernandez dan Marina Mahathir. Anwar pun sokong sebenarnya, cuma “malu” nak bagitahu rakyat Malaysia…

Persoalannya, apakah perjuangan dan gaya hidup LGBT ini patut bertapak, diterima dan diamalkan di negara ini? Apakah undang-undang membenarkan LGBT diamalkan di Malaysia? Normalkah golongan ini dimata anda?

LGBT sebenarnya tidak langsung mendapat pengiktirafan dari Kerajaan mahupun dari sudut undang-undang negara. Misalnya, sudah banyak kali pihak berkuasa menahan golongan mak nyah, pondan dan seumpamanya di dalam operasi-operasi pencegahan yang dijalankan.

Secara fitrah manusia pula, lelaki dan perempuan dijadikan Allah untuk berkahwin dan hidup berpasangan antara satu sama lain. Tidak pernah pula Allah jadikan fitrah kejadiannya itu untuk lelaki mengahwini lelaki atau perempuan mengahwini perempuan. Itu fitrah manusia.

Jika ada pun Allah jadikan golongan khunsa dan seumpamanya, ia hanyalah ujian Allah terhadap hambaNya dan individu tersebut sebenarnya diuji untuk memilih sama ada mahu menjadi lelaki atau perempuan mengikut kecenderuangannya. Tidak ada dalam Islam menghalalkan LGBT! Itu jelas!!!

Oleh itu, Ambiga dan rakan-rakannya yang mahu perjuangkan LGBT di Malaysia tidak wajar menggunakan alasan “hak asasi manusia” dalam perkara ini. Manusia tidak bersifat sebagaimana yang mereka sangkakan. Manusia tidak kahwin sesama jantina dan tidak melakukan hubungan seks sesama gender! Malah binatang pun tak buat begitu..!!!

Saya tertanya-tanya, apakah golongan ini tidak punya akal untuk bertanya pada diri mereka sama ada mereka itu “manusia” atau pun tidak? Layakkah mereka digelar manusia? Kalau manusia, ia tidak bersifat LGBT. Tidakkah mereka mampu menggunakan akal mereka memilih untuk menjadi lelaki atau wanita? Tak boleh pilih sangat, kah?

Saya menggesa pihak berkuasa, sama ada JAKIM atau JPM dibawah pimpinan Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap festival atau program sebegini. Hentikan dan berikan kaunseling atau tarbiyah mereka kembali untuk menjadi manusia semula. Kasihanilah mereka yang “gagal” itu…

Untuk tokoh-tokoh yang “straight” dan kononnya membela LGBT itu, elok suruh mereka pergi perjuangkan LGBT di negara luar. Beritahu mereka bahawa LGBT memang tak boleh masuk Malaysia!

Nak tahu mengapa tak boleh masuk Malaysia? Sebab negara ini adalah negara Islam dan sangat menolak fahaman “liberal” yang menerima LGBT. Sebab kami tak mahu rakyat dan negara ini hancur menerima bala Allah sebagaimana yang menimpa kaum Nabi Luth A.S dahulu. Kami takut bala Tuhan..!!!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");