Berita Hari Ini

Jutawan India Modi Berminat Melabur Di Malaysia

Modi

SHAH ALAM, 2 Nov (Bernama) — Jutawan India, Bhupendra Kumar Modi, atau lebih dikenali sebagai Dr BK Modi, berminat terhadap peluang-peluang pelaburan dalam sektor hartanah, hiburan, hospitaliti dan teknologi di Malaysia.

“Kita tengok nanti apa yang berlaku kerana saya sangat rapat dengan Malaysia. Saya ada rumah di sini dan saya tinggal di Singapura. Saya bukan jauh,” katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Pemilik The Spice Group yang menyertai program ‘Malaysia Rumah Keduaku’ ini kagum dengan program-program transformasi ekonomi, kerajaan dan digital Malaysia.

“Malaysia adalah negara terkemuka di rantau ini dan yang pertama mengambil langkah penting untuk memacu jalur lebar dan pendidikan,” kata Modi.

Usahawan ini, yang juga pengerusi firma telekom yang berpangkalan di Singapura, Si2i Ltd, berkata janji Spice ialah “memastikan internet dimiliki setiap kanak-kanak berusia 8 tahun dari Ivory Coast hingga ke Indonesia menjelang 2020.”

Tahun lepas, Spice membeli CSL Group of Companies, sebuah entiti pengedaran telefon bimbit yang berpangkalan di Malaysia dan kini dikenali sebagai S CSL, satu usaha pemantapan jenama baharu yang sejajar dengan strategi internet mudah alihnya.

Mengenai Program Transformasi Digital Malaysia, Modi berkata kerajaan perlu menerima pakai internet kerana ia merupakan alat yang jauh lebih murah bagi pengguna.

“Mereka (kerajaan) sedar pihak-pihak seperti S CSL yang boleh membuat peranti yang boleh menghubungkan sekolah dengan peranti internet.

“Hubungan kepada peranti internet tidak boleh bergantung kepada komputer peribadi kerana ia terlalu mahal. Kita perlu gunakan peranti yang lebih murah seperti iPad bagi pendidikan,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");