Perak Hari Ini

Pendidikan aliran Cina dan Tamil diambil berat

Kerajaan negeri sekali lagi membuktikan bahawa pentadbiran dibawah kepimpinan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan masyarakat kaum Cina dan India terutama dalam aspek pendidikan.

Hari ini, lebih 111 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaann Cina (SJKC) dan 85 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menerima peruntukan bantuan daripada kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan aliran berkenaan.

Exco Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr Mah Hang Soon memberitahu sumbangan itu meliputi pelbagai aspek pembangunan pendidikan sekolah jenis kebangsaan dimana ia bukanlah yang pertama kali dilakukan oleh kerajaan negeri dalam usaha mempertingkatkan bidang berkenaan di Perak.

“Jadi hari ini lebih 196 sekolah mendapat bantuan dan cek utiliti yang meliputi SJKT dan SJKC di seluruh negeri Perak dimana suku tahun pertama dan kedua RM 476,172.18 diberikan manakala RM 474,568.98.

“Kita mengharapkan agar pembangunan sekolah aliran Cina dan Tamil ini dapat berkembang pesat seiring dengan pembangunan sekolah-sekolah biasa.

“Usaha ini menunjukkkan kerajaan negeri bukan sahaja peka malah mengambil serius aspek pendidikan di Perak,” katanya.

Malah katanya, melalui sumbangan dan bantuan peruntukkan diberikan ia diharap dapat melahirkan lebih ramai golongan berpendidikan tinggi.

Selain itu, jelas Hang Soon, dengan adanya pembangunan pendidikan yang effektif maka ia diharap dapat mengeluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan di masa akan datang.

Tambah beliau, bantuan untuk meningkatkan taraf pendidikan di SJKT dan SJKC akan disalurkan bagi memastikan aliran jenis
kebangsaan ini terus cemerlang.

Jelas beliau lagi, rakyat Perak perlu berbangga dengan sistem pendidikan di negara ini yang jauh lebih baik dari China.

Justeru, sokongan padu perlulah diberikan kepada kerajaan BN bagi memastikan prestasi pendidikan di Perak terus cemerlang.

Hang Soon ditemui selepas menyerahkaan cek bantuan dan utiliti di Dewan Serbaguna, Bangunan SUK pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");