Perak Hari Ini

Pusat Perubatan Ar-Ridzuan akan mengadakan Promosi Berkhatan

“SMART CLAMP” – RM120.00

Ipoh, 03 Disember 2011 – Pusat Perubatan Ar-Ridzuan akan mengadakan Promosi Berkhatan sempena musim cuti sekolah akan datang.  Pusat Perubatan Ar-Ridzuan akan menggunakan kaedah “Smart Clamp” untuk keseluruhan sesi berkhatan ini.

“Smart Clamp” adalah satu inovasi terbaru dalam bidang kedoktoran, khususnya dalam bidang berkhatan dan telah digunakan secara global.

Majlis ini akan bermula seawal 8 pagi di mana para ibu bapa dan anak-anak mereka akan berkumpul di perkarangan Pusat Perubatan Ar-Ridzuan. Bagi mewujudkan suasana dan tradisi kampung yang diamalkan oleh masyarakat melayu zaman dahulu, bapa kepada kanak-kanak yang akan berkhatan akan mengangkat anak mereka di atas bahu dan seterusnya menuju ke tempat penyemburan air bomba.

Kebaikan-kebaikan “Smart Clamp”

-Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur

-Prosedur tanpa sakit dan pendarahan minima

-Kurang risiko jangkitan

-Diperbuat daripada plastic berkualiti

-Dipek dan di steril

-Pakai buang

-Tanpa jahitan

-Boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa

-Proses penyembuhan secepat 7 hari

MAKLUMAT

Tarikh   :  03 Disember 2011

Tempat : Pusat Perubatan Ar-Ridzuan

A1,  Greentown Suria

Jalan Dato’ Seri Ahmad Said

30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

*Kempen Derma Darah turut dijalankan serentak

ATURCARA

8.00 pg    > Pendaftaran & Penerangan

9.00 pg    > Siraman Air Bomba

9.30 pg    > Berkhatan

10.00 pg  > Pemberian Cenderahati &

Makanan

Bagi yang berminat boleh mendaftar sebelum atau pada 25 November 2011.

Sila hubungi : 05-242 1111 untuk maklumat lanjut.

Sumber: Bahagian Pemasaran

Pusat Perubatan Ar-Ridzuan (P.P.A.R)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");