Berita Hari Ini

Bicara kes dua pengarah Numix Engineering Sdn Bhd ditetapkan 11 April

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 11 April tahun depan sebagai tarikh perbicaraan terhadap dua pengarah syarikat Numix Engineering Sdn Bhd, Abdul Razak Mohd Noor dan Aishah Harun di atas tuduhan membuat kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Keputusan berhubung tarikh perbicaraan itu ditetapkan oleh Hakim Zulhazmi Abdullah.

Pada 16 November lalu, kedua-dua pengarah itu didakwa di mahkamah sama di bawah Seksyen 364 (2) Akta Pertubuhan Syarikat 1965 yang membawa hukuman penalti maksima 10 tahun penjara atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali.

Kenyataan palsu telah diserahkan kepada SSM berkaitan modal yang dibayar syarikat itu seperti yang dilaporkan dalam penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Julai 2010.

Abdul Razak dan Aishah yang diwakili  oleh M Puravalen dari Valen, Oh dan Patners mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan mahkamah menetapkan RM40,000 sebagai wang jaminan bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Pasport antarabangsa mereka juga diserahkan kepada mahkamah.

Pihak SSM diwakili oleh Steve Chin Yun Cheong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");