Berita Hari Ini

Idham Lim cakap tak lihat kiri kanan, depan belakang.

Ini saja yang Pas pandai buat

Apabila Media Pro-Kerajaan mendedahkan bahawa Pas memerintah Kelantan tetapi hanya membina sebuah masjid sahaja telah mendapat respon pecacai Pas. Ada yang menyatakan buat apa bina banyak masjid tetapi tidak ramai jemaah. Apabila media mengkritik kualiti air yang buruk di Kelantan, Pas kata buat apa air bersih tetapi akidah kotor.

Inilah putar belit Pas dalam Harakah. Idham Lim adun Pas Titi Serong kali ini pula menyebut Pas berbangga tidak membina kilang arak seperti mana Umno lakukan.

Wah! Hebat mulut Idham Lim, Mungkin Lim kena rujuk balik apa yang dibuat oleh rakannya di Selangor iaitu Khalid Samad yang melawat kilang arak dan memberi 100 ekar tanah di Kapar Kelang kepada syarikat arak untuk membina kilang baru.

Memang Pas tidak membina kilang arak, Umno pun tak pernah bina kilang arak, tetapi apa kata Pas sebelum menang dahulu? Hari ini kita menang, esok sebelum ayam berkokok , kita tutup kilang arak. Sekarang siapa yang munafik?

Syukur: PAS tidak pernah bina kasino, kilang arak

12 Muharram 1433H. [MOD] –

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Umat Islam khususnya orang Melayu diseru bersyukur kepada Allah SWT kerana sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan dan Terengganu bukan sahaja tidak pernah membina kasino dan kilang arak bahkan tidak terdetik untuk merestuinya.

“Apa yang orang Islam khususnya orang Melayu saksikan kewujudan pusat judi Genting dan kilang arak di negara ini adalah hasil daripada kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Umno,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa PAS hanya berjaya membina satu masjid sepanjang pemerintahannya di Kelantan.

“Bilangan masjid bukan matlamat kita tetapi memakmurkan masjid itulah yang menjadi objektif utama PAS, bahkan Rasulullah s.a.w meletakkan asas bahawa memakmurkan masjid sebagai perkara utama dan mencela masjid yang dibina bukan di atas dasar taqwa kepada Allah, sepertimana yang dirakamkan di dalam Al-Quran tentang masjid dhirar yang dicela oleh Allah kerana dibina bukan kerana Allah.

Alhamdulillah, PAS tidak pernah bina satu kasino dan kilang arak pun.

“Siapa yang bina tempat tersebut di tanahair kita ini?” soalnya.

Beliau juga bertanya siapa yang merasmikan kilang arak di negara ini.

“Semua rakyat khususnya yang beragama Islam sangat tahu tentang hakikat ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Rasulullah s.a.w melarang umat Islam daripada memperkecilkan sesuatu amalan yang maaruf , mungkin ianya nampak kecil pada mata kita tetapi ia sebenarnya memberikan timbangan yang sangat berat pada hari akhirat kelak.

Justeru, katanya Umno sepatutnya memuhasabah diri terhadap perkara maksiat yang telah dilakukan termasuk mengizinkan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam untuk terus berlaku dalam negara ini.

“Kita harap umat Islam tidak terus memberi kepercayaan kepada Umno lagi dalam PRU 13 yang akan datang kerana kegawatan akhlak yang berlaku pada hari ini sebenarnya berpunca daripada sistem yang tidak berlandaskan Islam,” ujar beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");