Program Basmi Kemiskinan

Isu di The Dales: Benarkah Penduduk Sabotaj Kontraktor?

Selepas dua paparan PerakToday.com mengenai isu di Panorama Tambun Perdana (The Dales) berkaitan ketidakpuasan hati penduduk terhadap tindakan sebuah syarikat kontraktor yang telah menyalahgunakan permit membersihkan tanah cerun di Gunung Panjang.

Bagaimanapun perkara itu telah dijawab sepenuh oleh syarikat Kontraktor SBO berkaitan dakwaan penduduk disitu dimana mereka menafikan aduan tersebut selain mengemukakan bukti bahawa projek itu dijalankan secara sah.

Namun apa yang berlaku adalah diluar jangkaan pihak kontraktor dimana papan sepanduk berkaitan projek itu telah disabotaj golongan tertentu.

Tinjauan kami mendapati papan sepanduk berkenaan telah di sembur dengan perkataan berbentuk penghinaan selain kata-kata makian yang mungkin bertujuan untuk menggesa pihak syarikat supaya menghentikan projek terbabit.

Selain itu, segala maklumat projek yang dipaparkan pada papan sepanduk terbabit turut dipadamkan dengan semburan cat.

Berikutan dari itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tambun oleh Pemilik Kontraktor SBO, Sharifuddin Omar semalam.

Sharifuddin, ketika ditemui memberitahu beliau sendiri buntu dengan apa yang berlaku ekoran pelbagai usaha dilakukan oleh golongan-golongan tertentu untuk menggagalkan projek berkenaan.

“Kita tak mahu syak siapa-siapa yang membuat perkara ini namun tindakan mereka yang mensabotaj projek ini sudah jelas menunjukkan kebodohan golongan tersebut.

Bagaimanapun terdapat khabar-khabar angin yang menyatakan sabotaj itu dilakukan oleh penduduk The Dales sendiri dimana hanya mereka yang membangkang projek terbabit.

Apa yang peliknya adalah, jika benar perkara itu dilakukan oleh penduduk The Dales maka ia dianggap sebagai sesuatu yang memalukan.

Ini kerana, penghuni kawasan perumahan itu adalah dikalangan golongan elit yang terpelajar dan tindakan mensabotaj itu langsung tidak mencerminkan perkara berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");