Membawang Hari Ini
Like

Kontroversi Alhamdulillah

December 9, 2011
72 Views
0 Comments
1 minute read
Kontroversi Alhamdulillah

Belum pun reda dengan kontroversi pembayaran yang diterima oleh penulis novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari, nama Maya Karin pula hangat diperkatakan selepas menyebut perkataan Alhamdulillah ketika ditanya media mengenai perasaannya menjayakan adegan ranjang dalam filem itu.

“Saya tidak menyebut perkataan Alhamdulillah dan ketika itu hanya menyebut perkataan gembira dan gementar sahaja. Saya masih tahu di mana untuk mengucapkan perkataan seperti itu,” katanya.
Maya berkata, dia terkejut semasa membaca berita berkenaan di dalam akhbar tempatan dan tidak mahu membesarkan isu terbabit.
“Saya terkejut semasa membaca tajuk berita itu dan ketika membacanya, ingin sahaja saya nafikannya.
“Namun, saya tidak mahu mengambil tindakan dan membiarkan sahaja isu ini kerana tidak mahu ia berpanjangan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) di Yayasan Orang Kurang Upaya (Yokuk), Kelantan.
Dalam lawatan itu, Maya turut menyertai program ziarah empat keluarga OKU di Kampung Meranti, Pasir Mas dan Kampung Berangan Hujung, Tumpat bersama Pengerusi Yokuk, Datin Suliana Samsuddin Alias.
Komen & Pendapat

Leave a Reply