Perak Hari Ini

Nga Digesa membuat permohonan maaf secara terbuka kepada MB dan rakyat Perak

“Akibat Mulut Badan Binasa”

Pepatah demikian adalah yang paling tepat untuk digambar dengan kelancangan mulut Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming setelah beliau membuat kenyataan berbaur penghinaan keatas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Kenyataan yang menyatakan ‘Perak Darul Katun’ dan ‘MB Hitam Metalik yang Haram Jadah’ yang dikeluarkan oleh pemimpin pendek akal ini sudah jelas telah menimbulkan ketegangan rakyat pelbagai kaum di negeri itu.

Walaupun kata-kata maaf telah diluahkan namun ia dilakukan secara tertutup malah langsung tidak menunjukkan sebarang keikhlasan dan penyesalan.

Justeru, berang dengan sikap pemimpin tertinggi DAP itu, hari ini lebih 200 ahli-ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Wisma DAP bagi mengerahkan Nga untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan formal di khalayak ramai sepertimana beliau meluahkan kenyataan penghinaan itu.

Ketua Penerangan Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak, Datuk Halim Ramli ketika ditemui memberitahu kesemua NGO terbabit yang kesemuanya terdiri dikalangan masyarakat berbangsa melayu telah sebulat suara menuntut Nga Kor Ming supaya membuat permohonan maaf yang lebih serius

Malah katanya, permohonan maaf sebelum dilihat seperti melepas batuk di tepi tangga dimana ia dilakukan hanya untuk mengaburi mata rakyat sedangkan pemimpin tertinggi DAP itu langsung tidak menyesali dengan tindakannya.

Tambah Halim lagi, satu memorandun desakan telah dihantar oleh Pengerusi NGO terbabit, Israqi Lokman kepada wakil DAP ketika itu.

“Kita mahu Nga meminta maaf secara terbuka kepada rakyat dan Menteri Besar Perak… jika dahulu beliau dengan lantangnya menghina pemimpin tertinggi negeri, di khalayak ramai kenapa bila nak minta maaf dibuat secara tertutup.

Dengan menyifatkan Nga sebagai pemimpin pengecut, menurut Halim, ahli DAP itu perlu membuat kenyataan maaf dengan segera sebelum perhimpunan desakan yang lebih besar akan diadakan.

“Kita akan bagi masa kepada dia… jika Nga masih enggan untuk memohon maaf secara formal dan terbuka maka ini bukanlah perhimpunan desakan yang pertama….kita akan adakan yang lebih besar nanti,” katanya

??Sebelum ini, Adun Slim River, Dato Khusairi Abdul Talib telah membangkitkan isu itu dengan menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti kukuh dalam bentuk audio dan visual menunjukkan Nga telah mengeluarkan kenyataan yang rasis dan bersifat penghinaan.

Nga Kor Ming telah membuat kenyataan “Menteri Besar Hitam Metalik yang  haram jadah masuk dari pintu belakang naik kapal selam dari Pangkor”yang dilemparkan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika berucap dalam Majlis Ceramah Pas di Kamunting, 9 September lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");