Perak Hari Ini

Nga Kor Ming hina kedaulatan dan institusi diraja atas kenyataan Perak Darul Kartun

Tindakan Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming yang mengeluarkan kenyataan Perak Darul Kartun dalam satu ceramah di Taiping, 9 September lalu dianggap telah menghina kedaulatan dan institusi diraja Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata Ahli Parlimen Taiping itu juga turut mengeluarkan menghina dirinya selepas mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman iaitu Hitam Metalik dan Haram Jadah dalam ceramah terbabit.

“Saya berharap rakyat dapat menilai sendiri sikap sebenar pemimpin DAP ini yang telah mengeluarkan kenyataan Perak Darul Kartun.

“Selain itu, permohonan maafnya yang dibuat baru-baru ini turut dipersoalkan apabila Nga menegaskan bahawa beliau tidak mengiktiraf kerajaan negeri sekarang dan saya bukan Menteri Besar yang sah,” katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan di Ipoh, hari ini.

Pada 30 November lalu, Adun Pantai Remis itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia termasuk Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana mengeluarkan kenyataan “hitam metalik’ dalam satu ceramah politik di Kamunting, 9 September lalu.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata, Barisan Nasional (BN) Perak sudah bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Tegasnya, persiapan telah bermula sejak 2009 lagi dan tidak hanya pada masa-masa tertentu sahaja memandangkan senario politik Perak yang unik.

Mengulas soalan pemberita mengenai cadangan semua wakil UMNO menandatangani surat ikrar sebagai tanda sokongan dan kesetiaan terhadap parti, Zambry berkata;

“Ia tidak semestinya memberi kebaikan tetapi yang penting ialah setiap ahli UMNO perlu memiliki semangat cintakan parti dan memastikan kerajaan BN terus dapat sokongan selain tiada kerja tikam dari belakang atau sokong ibarat membawa rebah,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");