Program Basmi Kemiskinan

Isu The Dales Tambun: Pemaju ikut prosuder, Penduduk yang tak tunai janji

Pada 28 November lalu, PerakToday.com ada memaparkan isu di Panorama Tambun Perdana (The Dales) berkaitan ketidakpuasan hati penduduk terhadap tindakan sebuah syarikat kontraktor yang telah menyalahgunakan permit membersihkan tanah cerun di Gunung Panjang.

Hari ini, pihak kami berjaya mendapatkan maklum balas dari syarikat kontraktor berkenaan yang dikatakan oleh penduduk kawasan itu berkaitan pencerobohan di The Dales malah mereka juga mendakwa telah diserang oleh samseng selepas membantah projek tanaman herba milik pemaju terbabit.

Pemilik Kontraktor SBO, Sharifuddin Omar, ketika ditemui memberitahu segala dakwaan penduduk termasuk yang menyatakan syarikat itu berasal dari Cameron Highland adalah salah sama sekali.

Menurutnya, syarikat itu ditubuhkan di negeri Perak malah beliau sendiri sebagai pemilik juga merupakan anak jati Perak.

“Saya ingin membuat penafian dimana berdasarkan kenyataan penduduk yang dikeluarkan media adalah salah sama sekali… sebentar tadi kita sudah jumpa MB dan hantar surat .. dimana pada 29 November lalu media mengeluarkan kenyataan dari penduduk The Dales yang hampir kesemuanya adalah palsu.

“Syarikat kami ditubuhkan di Ipoh dan bukan di Cameron Highland dan tujuan kami untuk projek ini adalah untuk tanaman herba dan telah mendapat kelulusan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIMPk)… ini surat kelulusan dari MAIPk.

“Jadi apabila kita datang sini dan lihat tanah disini berbukit-bukit maka kita memohon untuk ratakan dan buang batu bata disini.

Tambah beliau lagi, syarikatnya juga telah mendapat kebenaran dari pihak MAIPk untuk melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan dengan memindahkan bahan buangan dan bahan batu yang tidak digunakan

Malah katanya, pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN) juga telah memberi kelulusan ke atas permohonan Kontraktor SBO untuk meneruskan kerja-kerja pembersihan sebelum memulakan projek tanaman herba terbabit.

“Permohonan kita semua mengikut prosuder yang diminta oleh agensi kerajaan… disini saya ada membawa surat-surat kelulusan dari MAIPk dan UPEN malah pihak Pejabat Tanah dan Galian Perak juga memberikan kebenaran untuk syarikat kami mengeluarkan sisa batuan di kawasan ini.

“Kami tidak membuat sebarang perkara yang salah pun tidak seperti yang didakwa oleh penduduk… saya rasa masalah sebenar adalah kerana mereka disini tidak berbincang dengan pihak kami terhadap perkara-perkara yang menjadi kekeliruan.

Selain itu menurut Sharifuddin, soal penduduk diserang pemaju yang berlagak seperti samseng juga tidak timbul sama sekali sebaliknya pihak syarikat yang sebenarnya diserang oleh penduduk yang menuntuk supaya projek tanaman herba itu dihentikan.

“Kami mengaku berlakunya terlepas pandang apabila kami menggunakan tanah lapang milik MBI sebagai jalan masuk ke kawasan projek dan perkara itu kemudiannya dilaporkan kepada MBI oleh penduduk The Dales.

“Bagaimanapun kami sudah berjumpa dengan pengawai MBI dan memohon kelulusan untuk menggunakan kawasan itu sebagai laluan keluar masuk ke tapak projek dan agensi kerajaan itu membenarkan.

“Dalam masa sama kami juga memohon untuk gunakan tanah hak milik persendirian untuk membuat laluan kerana kami tahu penduduk disitu pasti tidak membenarkan kawasan MBI dijadikan jalan keluar masuk.

Tambah beliau pada 25 Novembver lalu, pihak kontraktor telah mengadakan pertemuan tidak formal dengan beberapa penduduk bagi membincangkan ketidakpuasan hati mereka berkaitan projek terbabit.

Dalam pertemuan itu katanya, pemaju dan penduduk telah mecapai kata sepakat dengan membuat perjanjian bahawa pihak The Dales tidak akan menganggu perjalanan projek sekiranya Kontraktor SBO tidak menggunakan jalan di kawasan perumahan mereka atau tanah hak milik MBI sebagai laluan keluar masuk.

Malah katanya, pihak penduduk juga telah berjanji untuk tidak membuat sebarang kekecohan sekiranya pemaju berjaya mendapatkan laluan lain sebagai initiatif untuk melaksanakan projek tanaman herba itu.

“Jadi disini siapa yang tipu siapa… sudah pelbagai cara yang kami lakukan untuk memastikan projek ini berjalan tanpa sedikitpun menggangu penduduk The Dales sebaliknya mereka yang telah membuat kacau sehingga menyebabkan syarikat kami terpaksa menanggug kerugian berikutan notis perbehentian sementara oleh MBI.

“Malah dakwaan penduduk yang mengatakan kami menyerang dan mengugut mereka seperti samseng juga adalah fitnah semata-mata sebaliknya pihak mereka yang menyerang kami bertubu-tubi bagi menggesa supaya projek ini dihentikan.

“Dalam pertemuan pada 25 November itu semua pihak sudah setuju… malah disaksikan oleh beberapa pegawai kerajaan termasuk dari MBI dan pihak polis… bagaimana pula mereka kata kami ugut mereka.

Jelas Sharifuddin lagi, pihaknya juga keliru dengan pertikaian yang penduduk The Dales lakukan kerana segala kerja-kerja pembersihan dan meratakan tanah adalah mengikut prosuder dan mendapat kelulusan pihak berwajib.

“Untuk pengetahuan semua jika benar apa yang mereka kata kononnya boleh berlaku tanah runtuh atau batu batan dari Gunung Panjang jatuh maka pasti Pejabat Tanah pun tak benarkan projek kami… kita bukan nak roboh tapi kita nak ratakan dan buat tapak tanaman…

“Saya tak tahu mana mereka dapat maklumat bijih besi disini… rasanya tak ada pun bijih besi disini yang ada hanya batu kapur… jada kita kena keluarkan bagi membolehkan kerja-kerja tanaman herba kita,” katanya pagi tadi.

Jelas beliau lagi, sekiranya projek itu berjalan lancar dan siap mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu pada 2013 maka penduduk disitu juga akan mendapat manfaat dari segi lanskap.

Malah katanya, lanskap di kawasan cerun bukit itu sudah akan berubah dan lebih indah malah pihak pemaju juga akan menyediakan trek jogging sebagai kemudahan utnuk penduduk beriadah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");