Perak Hari Ini

Pemuda Perlu Turun Padang, Dekati dan Bantu Warga Emas

WARGA emas perlu terus didekati dan dihormati sampai bila-bila termasuk diberi bantuan sewajarnya berikutan jasa dan pengorbanan mereka selama ini membangunkan negara, kata Exco Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Hisamudin Yahaya.

Menurutnya, sehubungan semua Ketua Pemuda negeri, bahagian dan cawangan seluruh negara diminta untuk turun padang bagi mengenal pasti golongan tersebut yang memerlukan sebarang bantuan.

“Mereka (warga emas) merupakan insan istimewa dan wajar diberikan sebarang bantuan yang diperlukan.

“Kita boleh berkongi idea dan pengalaman memandangkan mereka lebih dahulu hidup di sini sekaligus banyak jasa mereka. Dekati mereka… kita boleh menimba pengalaman dari mereka,” katanya selepas  Program Turun Padang di Kampung Selat, Bota dekat sini, semalam.

Shahuddin Ngah Ramba, 73, dari Taman Seri Molek, Kampung Baru, Bota Kanan

Terdahulu, Mohd Hisamuddin telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai kepada dua orang warga emas di Kampung Baru dan Kampung Selat dekat sini yang merupakan kawasan angkat Pergerakan Pemuda Umno pusat.

Penerima sumbangan, Shahuddin Ngah Ramba, 73, dari Taman Seri Molek, Kampung Baru, Bota Kanan, terharu dengan kedatangan rombongan Pemuda Umno ke rumah beliau sempena program tersebut.

Beliau yang baru sahaja kematian isteri bulan lalu kini tinggal seorang diri di rumah melahirkan rasa terima kasih kepada  Mohd Hisamudin yang mengambil berat terhadapnya.

“Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua ahli rombongan Pemuda Umno yang sudi menjenguk saya,” katanya.

Supiah Hamid, 84 tahun.

Seorang lagi penerima, Supiah Hamid, 84, turut berterima kasih kepada Mohd Hisamudin yang sudi menyampikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur termasuk wang tunai.

“Sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan seharian,” katanya yang turut menyara anaknya, Faizah Abd Karim, 44, merupakan orang kelainan upaya (OKU) selepas diserang penyakit ganjil ketika berumur 17 tahun. – Nooraini Mahamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");