Perak Hari Ini

Pencapaian LAP semakin memberangsangkan

Keuntungan selepas cukai Lembaga Air Perak (LAP) bagi tahun ini dijangka meningkat kepada RM100.5 juta, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, pendapatan itu dijangka meningkat sebanyak RM250,000 berbanding RM100.25 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.

”Peningkatan itu diperolehi daripada kenaikkan jualan air yang direkod LAP iaitu RM229.76 juta sehingga bulan Oktober 2011.

”Jualan bagi tempoh yang sama tahun lalu adalah sebanyak RM225.34 juta,”katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi LAP turut mengumumkan bahawa LAP telah membelanjakan sejumlah RM2.4 juta di bawah program subsidi air kepada golongan kurang berkemampuan sejak 2008 hingga 2 Disember.

Sementara itu, katanya, kerajaan negeri sedang meneliti beberapa terma sebelum memeterai perjanjian migrasi aset Lembaga Air Perak (LAP) ke Syarikat Pengurusan Air Berhad (PAAB).

Menurut Dr Zambry, migrasi aset itu yang dijangka berkuatkuasa sebelum Mac tahun depan akan menyaksikan pinjaman (LAP) dengan Kerajaan Pusat berjumlah hampir RM1 bilion dilupuskan.

”Salah satu terma yang sedang diteliti adalah daripada segi bayaran hasil air yang bakal diterima kerajaan negeri daripada PAAB selepas perjanjian migrasi aset dilaksanakan.

”Kita sudahpun dapat satu bayaran yang baik, tidak ada banyak masalah Cuma kita nak lihat terma-terma ini dengan lebih mendalam lagi. Kita mahu pastikan kita dapat ‘deal’ yang terbaik,”katanya.

Tambahnya lagi, lembaga pengarah LAP turut membincangkan secara panjang lebar perjanjian migrasi aset LAP ke PAAB setelah perkara itu dipersetujui dalam pembentangan Bajet 2012 Dewan Undangan Negeri yang bersidang baru-baru ini.
–BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");