Perak Aman Jaya, Perak Hari Ini

Perak mahu Festival Puisi dan Lagu Rakyat dijadikan Mercu Tanda Tahun Melawat Perak 2012

Perak mahu Festival Puisi dan Lagu Rakyat dijadikan sebagai mercu tanda bagi bidang kesenian di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberitahu usaha itu merupakan antara inisiatif kerajaan negeri dalam mengumpulkan golongan penyair dan karyawan.

Katanya, pengumpulan golongan pemikir sama ada dari tempatan atau pun antarabangsa mampu menjadikan bidang terbabit terus berkembang di negeri itu.

Malah tambah Zambry, bagi menyemarakkan aspek kesenian di Perak, festival berkenaan akan dijadikan salah satu program sepanjang Tahun Melawat Perak 2012.

“Kerajaan negeri mahu mengiktiraf golongan penyair ini sama ada dari Perak sendiri mahu pun dari seluruh dunia.

“Jadi dengan adanya festival ini maka kita harap ia dapat menjadi pencetus kepada negeri-negeri lain dalam mewarnai bidang seni kesusasteraan.

Tambah Zambry, apa yang diharapkan kini adalah lebih ramai golongan penyair dan karyawan dapat menyertai acara kesenian yang bakal diadakan setiap tahun.

Katanya, manusia zaman sekarang kurang menghargai seni kesusasteraan sebaliknya lebih tertumpu kepada hiburan yang lebih berteknologi.

“Kita mahu penyair ini ada tempat untuk mereka berkumpul dan mempersembahkan karya masing-masing.

“Perlu diingat bahawa kumpulan penyair dan karyawan adalah golongan yang sering mencetuskan idea-idea kesenian dengan menceritakan perihal kehidupan rakyat.

“Orang selalu lupa akan peranan yang penyair lakukan jadi Perak mahu mereka ini sedar bahawa masih ada yang menghormati mereka,” katanya.

Zambry ditemui selepas merasmikan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Perak di Pulau Pangkor pagi tadi.

Turut hadir ke majlis berkenaan, Exco Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");