Membawang Hari Ini

Raja Azmi Pilih Untuk Kunci Mulut

Penerbit filem sensasi Raja Azmi, nampaknya lebih selesa mengunci mulut daripada memberikan sebarang komen berhubung isu dakwaan hubungan istimewa antara suaminya, Jalani Sidek bersama seorang usahawan wanita yang dikenali sebagai Datin Zaleha Mohd Khalid.

Kenyataan tersebut disampaikan oleh Raja Azmi ketika dihubungi portal murai.com.my sebentar tadi, sebagai satu cara menghormati permintaan suaminya yang memintanya agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Maaf Kak Mi tidak dapat memberikan komen lanjut kerana suami tidak membenarkan Kak Mi memberikan kenyataan mengenai isu tersebut.Maafkan Kak Mi ya,” kata Raja Azmi yang senang membahasakan dirinya sebagai Kak Mi.

Menghormati permintaannya itu, portal murai.com.my mendoakan agar Raja Azmi dan suami tenang menghadapi cabaran yang melanda perkahwinan mereka ketika ini.

Pasangan tersebut telah pun mendirikan rumah tangga selama 27 tahun dan telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya, Puteri Suaida, Megat Deli

Isu tersebut mula timbul apabila minggu lalu dalam sebuah akhbar mingguan tempatan, telah menyiarkan mengenai pengakuan Zaleha yang mendakwa mempunyai hubungan istimewa bersama Jalani.

Daripada perkenalan biasa dan seorang rakan, akhirnya membuahkan rasa cinta janda anak empat itu terhadap Jalani berikutan kebaikan dan keikhlasan yang ditunjuk oleh lelaki tersebut sepanjang setahun lebih mengenalinya.

Kemunculan Zaleha juga didakwa memiliki motif tertentu apatah lagi sebelum ini telah digembar-gemburkan dengan cerita keretakan rumah tangga antara pasangan bahagia berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");