Jenayah

Tanjung Malim lokasi ketiga Pesta Pelancongan Daerah: Hamidah

Selepas Taiping dan Teluk Intan, Pesta Pelancongan Daerah akan menjelajah pula ke Tanjung Malim pada 16 hingga 18 Disember ini yang berlangsung di Kompleks Pentadbiran Daerah Tanjung Malim.

Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata sambutan pengunjung terhadap dua pesta yang diadakan di Taiping dan Teluk Intan sebelum ini cukup menggalakkan apabila masing-masing mencatat 5,000 dan 15,000 pengunjung.

“Pesta Pelancongan Tanjung Malim yang bakal berlangsung selama dua hari iaitu pada 16 hingga 18 Disember ini akan diserikan dengan pelbagai program menarik yang melibatkan penyertaan penduduk setempat dan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Kita menyasarkan sekitar 20,000 pengunjung akan hadir sepanjang pesta ini berlangsung dan hampir 1,000 pelajar UPSI dijangka turut sama menjayakan program yang telah dirancang,” katanya kepada pemberita di Ipoh, pagi ini.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri juga katanya, akan menganjurkan Konsert Bersamamu Rakyat dengan mengundang penyanyi antarabangsa, Maher Zain yang terkenal di kalangan remaja.

Konsert itu akan berlangsung di Stadium Perak pada 24 Disember depan, katanya.

Kata Hamidah, konsert itu dijangka dapat menarik pengunjung dari luar Perak dan penyanyi rock popular, Ramli Sarip turut diundang untuk menghiburkan para penonton.

“Maher Zain akan menyanyikan 20 lagu termasuk beberapa lagu baru yang masih belum pernah diperdengarkan dalam konsert yang bermula jam 9 malam,” katanya.

Sementara itu, sejumlah 50 acara menarik kata Hamidah akan dianjurkan sempena Pesta Pelancongan Perak yang dijadual berlangsung pada 28 Disember hingga 1 Januari 2012.

Acara yang diatur itu katanya, merupakan kemuncak kepada sambutan Tahun Melawat Perak 2012 yang menyasarkan lima juta pelancong melawat negeri  Perak tahun depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");