Perak Hari Ini
Like

Calon BN Perak Yang Tewas Pilihan Raya Lepas Mungkin Dicalonkan Semula, Kata Zambry

January 3, 2012
45 Views
2 Comments
1 minute read
Calon BN Perak Yang Tewas Pilihan Raya Lepas Mungkin Dicalonkan Semula, Kata Zambry

Barisan Nasional (BN) Perak tidak menolak kemungkinan memilih semula calon-calon yang tewas pada pilihan raya umum lepas untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata BN negeri telah mengumpul pelbagai maklumat dan maklum balas daripada orang ramai mengenai calon-calon yang tewas dalam pilihan raya umum sebelum ini.

“Mungkin calon-calon ini kalah tipis atau menang tipis dalam pilihan raya umum sebelum ini…tetapi kita harus tahu apakah sebab-sebab yang menyebabkan kekalahan itu.

“Bagi saya ada di antara mereka sebenarnya boleh menang tetapi disebabkan tsunami politik yang berlaku menyebabkan mereka tewas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Laluan Alternatif Bercham ke Lebuhraya Utara-Selatan di sini, hari ini.

Katanya hasil maklumat yang dikumpulkan mendapati terdapat permintaan daripada orang ramai supaya calon yang tewas dicalonkan semula bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Zambry berkata maklum balas itu juga mendapati orang ramai turut melahirkan rasa kesal kerana tidak mengundi calon-calon yang tewas itu pada pilihan raya umum lepas.

“Apabila saya turun padang, saya tidak hanya berjumpa dengan anggota Umno dan BN tetapi turut bertemu dengan peniaga dan masyarakat lain. Pelbagai maklum balas yang diterima mengenai perkara ini,” katanya.

Katanya beliau mendapati terdapat calon-calon yang tewas terus menjalankan tugas membantu masyarakat dan perkara itu memberi kelebihan kepada mereka untuk dicalonkan semula.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

2 Comments

  1. anonmous

    Assalamulaikum,

    Sepatutnya BN hendaklah menebual mereka yang lari dari UMNO untuk memasuki parti pembangkang dan juga mereka yang berada di atas pagar.

    Bila saya tanya pembangkang saya dapati mereka tidak mahu pemimpin politik yang dapat semuanya yang terbaik dan pengikutnya hanya mendapat subsidi, itu pun jika memenuhi syarat.

    Semua yang terbaik ini termasuklah saham penyenaraian baru, pengarah syarikat, tender, kedudukan dll.

    Orang UMNO ada 3 1/4 juta. Kenapa pemimpin yang sama dapat jadi pengarah, saham syarikat, tender, kedudukan yang diminati ramai, dll.

    Selagi kita melantik orang Melayu/Bumiputra yang tidak pandai mencari keuntungan untuk syarikat yang mereka pimpin selagi itulah kaum-kaum yang lain memandang rendah tentang keupayaan orang Melayu.

    Sudah sampai masanya UMNO menyediakan data base dengan meranking mereka yang berjaya dalam business (untung banyak berdasarkan untung sesaham) dan berkelulusan tinggi

    Memang ramai orang UMNO lulus PHD tapi rankinglah mereka berdasarkan kelulusan dan kedudukan universiti yang mereka ikuti. Seperti Harvard, Oxford 1st class, 2nd. Class Hons didahulukan.

    Pada masa sekarang pengundi tidak tahu siapa mereka yang lebih bijaksana. Mereka hanya memilih mereka yang retorik.

    Begitu juga businessman yang menunjukkan prestasi,daya maju dan keuntungan yang banyak mesti diletakkan diranking yang teratas untuk menjadi Chairman atau Pengarah mana-mana syarikat.

    Kalau UMNO menonjolkan mereka yang terbilang, gemilang dan cemerlang sudah tentu orang Cina dan India tidak lagi cemburu terhadap orang Melayu atau Bumuputra.

    Kesimpulanya UMNO hendaklah memilih mereka yang terbilang, cemerlang dan gemilang untuk menjadi pemimpin. Untuk itu sediakan data base dan bentangkan data base ini ke semua ahli UMNO supaya mereka tahu siapa yang terbilang cemerlang dan gemilang.

    Munkin contoh yang baik saya cadangkan ialah seperti YB KJ (karismatik dan pandai). Dan seterusnya ikulah ranking dan beritahu kami kerana kami mahu pilih yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sorry to saya kalau macam Samy Vellu susahlah sedikit saya hendak pilih kerana ADUN Pantai Remis lagi lebih karismatik.

    Wassalam.

  2. anakketam

    Tahniah kerana mahu merealisasikan kehendak rakyat agar calun yang kalah tipis dicalunkan semula tetapi bagaimana pula ADUN_ADUN yang sepatutnya pencen dan memebrikan laluan kepada muka baru kerena dah dengar desus desas adun yang tidak mahu berundur malah akan membuat sabotaj jika tidak dicalunkan semula.

    Siapa mereka-mereka ini ??? tunggu sahaja selepas nama calun diumumkan, belang mereka akan jelas kelihtan secara terangang lagi..

Leave a Reply