Sukan Hari Ini

Kaji semula peraturan pendaftaran pemain import-Raja Ahmad

Bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meminta Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengkaji semula peraturan-peraturan pendaftaran pemain import dalam pertandingan Liga Super.

”Kajian itu perlu bagi mengelak kegagalan pasukan mendaftarkan pemain import selepas tamat tempoh yang diberikan kerana proses pengambilan pemain meliputi beberapa langkah seperti menilai, mendapatkan sijil perpindahan dan pelepasan dari pasukan terdahulu.

”Selepas selesai semua itu barulah pasukan akan menandatangani kontrak dengan pemain tersebut sebelum didaftarkan,”,”katanya kepada pemberita dalam sidang media  hari ini.

Menurutnya, sekiranya berlaku kelewatan di dalam proses ini akan menyebabkan pemain gagal didaftarkan dan akan merugikan pasukan kerana pemain telahpun menandatangani kontrak tetapi tidak boleh bermain.

Tambahnya, untuk itu Jawatankuasa Pertandingan hendaklah mengkaji untuk memberi kelonggaran kepada pasukan yang menghadapi masalah seperti ini bagi mendaftarkan pemain.

”Sebagai orang yang berpengalaman di dalam menguruskan pasukan dan pernah berada di FAM, beberapa langkah perlu diambil bagi memudahkan pendaftaran pemain import,”jelasnya.

Tambahnya lagi, pesanan ini adalah bagi meningkatkan tahap dan mutu permainan bolasepak negara kerana langkah membenarkan pasukan memiliki pemain import adalah untuk memberikan pendedahan kepada pemain tempatan.

Dalam pada itu, Raja Ahmad Zainuddin berkata, setiap pemain import hendaklah memberikan persembahan terbaik di dalam Liga Super yang akan bermula hujung minggu ini,

”Seperti kebiasaan, penonton akan membanjiri stadium sebaik bermula musim tetapi kegagalan pasukan memberikan persembahan terbaik akan menyebabkan penyokong mula ‘angkat kaki’.

”Sekiranya mahukan sokongan 100 peratus maka setiap pemain terutama pemain import ini memberikan sepenuh komitmen kepada pasukan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");