Berita Hari Ini

Sesi Konsultasi Awam Akan Diadakan Kumpul Maklum Balas Pindaan AUKU

Tiga sesi konsultasi awam akan diadakan bagi mendapatkan maklum balas pihak berkepentingan berhubung cadangan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata sesi itu akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 7 Jan; Kuching, Sarawak (9 Jan) dan Kota Kinabalu, Sabah (11 Jan).

Dalam satu kenyataan, Nik Ahmad Kamal berkata pihaknya perlu mendapatkan maklum balas pelajar yang menghuni di kampus kolej dan universiti, serta tenaga akademik dan bukan akademik.

“Selain daripada maklum balas kumpulan utama tersebut, pandangan daripada rakyat secara keseluruhannya akan diambil kira. Hal ini kerana kebebasan mahasiswa berpolitik mempunyai kesan yang besar kepada semua,” katanya.

Mereka yang berminat menyertai sesi penerangan itu boleh menghubungi urusetia di talian 03-88706215 atau 03-88706728, atau emel kepada [email protected].

Beliau berkata pelajar yang berminat mengambil bahagian dalam sesi itu perlu mendaftar terlebih dahulu dengan urusetia jawatankuasa bagi memudahkan urusan pentadbiran.

Nik Ahmad Kamal berkata orang ramai masih dialu-alukan untuk memberi pandangan melalui borang soal-selidik di laman web Kementerian Pengajian Tinggi iaitu www.mohe.gov.my dan laman sosial Facebook www.facebook.com/aukuwg, atau disalurkan terus ke e-mel urusetia.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");