Perak Hari Ini

Koo Ham takut DS Zambry buka mulut mengenai Anwar

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, hari ini mempersoalkan tindakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang dilihat begitu bimbang dengan tindakannya membuka mulut terhadap masa depan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkannya semua rakyat mempunyai hak untuk memberi pendapat atau komen, beliau berkata, Koo Ham tidak seharusnya mengkritik tindakannya itu kerana ia langsung tidak ada kena mengena dengan pemimpin DAP berkenaan.

“Setiap orang ada hak untuk bercakap….saya juga berhak untuk bercakap mengenai Anwar yang mana masalah ini langsung tidak ada kena mengena dengan beliau (Koo Ham).

“Kenapa dia perlu takut apabila saya muka mulut dan bercakap mengenai Ketua Pembangkang kerana ia bukan masalah beliau pun,” katanya kepada pemberita di Ipoh, pagi ini.

Beliau mengulas laporan Twitter yang dihantar Koo Ham yang membidas tindakan Zambry yang disifatkan tidak layak mengeluarkan kenyataan terhadap Anwar yang mendapat liputan meluas di dada akhbar tempatan.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, rakyat Perak tahu pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan DAP Perak hari ini dan Koo Ham seharusnya menyelesaikan masalah dalaman parti itu daripada mencampuri hal orang lain.

Semalam, Zambry dilaporkan berkata masalah yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang kerana ada pemimpin yang menganggap diri mereka relevan selama-lamanya.

“Bagi kita, kalau masa sudah habis, habislah. Dalam dunia politik, kita perlu menerima hakikat bila masa kita (bersara) sudah sampai, cukup-cukuplah.

“Tetapi, masalahnya ada orang yang asyik memikirkan dia tetap relevan selama-lamanya. Dia rasa ini sindrom hebat, dia rasa sentiasa relevan sedangkan sebagai manusia, kita memimpin pada waktu tertentu dan selepas itu jika kita merasakan kena pergi, pergilah. Jangan asyik rasa kita tetap relevan selama-lamanya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");