Perak Hari Ini

Lebih 1,500 Penduduk Banjiri Arena Square Pengkalan Baharu Menyambut Detik Tahun Baru 2012

LEBIH 1,500 orang penduduk terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India dari kawasan Parlimen Beruas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Pemimpin Bersama Rakyat di Arena Square Pengkalan Baharu, Pantai Remis malam tadi.

Ketua Penerangan Kerajaan Negeri, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, sempena dengan program tersebut, program Penyampaian Beg Sekolah oleh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Pemuda Prihatin dan pelancaran Internasional Motorcross Challenger MAYC Parlimen Beruas turut diadakan.

“Sementara menanti detik sambutan tahun baru, kita telah menyampaikan sumbangan berupa hamper makanan sumbangan Yayasan Bina Upaya (YBU) kepada warga emas dari kaum Melau, Cina dan India.

“Selain daripada itu, kita juga turut mengagihkan sumbangan beg sekolah kepada penerima yang dipilih dari ketiga-tiga kaum di seluruh kawasan Parlimen Beruas,” katanya kepada pemberita.

Turut hadir, Penasihat Menteri Besar Perak yang juga Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn, Ketua Puteri Umno Bahagian Beruas, Sopiah Kamaruddin dan Timbalan Pengerusi MAYC Beruas, Abd Razak Ismail.

Hamdi berkata, sempena dengan kedatangan Tahun Baru 2012, beliau berdoa supaya tahun baru ini akan bertambah baik dan menaruh sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Menurutnya, diharapkan negara akan bertambah berjaya, cemerlang dan mencapai tahap negara maju.

Bagi memeriahkan lagi majlis, sebanyak 12 buah basikal disediakan untuk program cabutan nombor bertuah untuk pengunjung yang dipecahkan kepada tiga penerima bertuah – Melayu, Cina dan India.

Kemuncak program, semua yang hadir bersama-sama mengira detik 12 malam dan diikuti dengan pertunjukkan bunga api selama kira-kira lima minit di perkarangan  Arena Square. – Nooraini Mahamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");