Program Basmi Kemiskinan

Masalah lalat yang berpunca dari perusahaan penternakan ayam komersil

Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) negeri menerima banyak aduan mengenai masalah lalat yang berpunca dari perusahaan penternakan ayam komersil yang beroperasi berhampiran kawasan kediaman.

Pengerusi PAC Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, bagi mengatasi masalah itu pihaknya mahu semua agensi kerajaan yang terlibat di dalam permohonan penternakan ayam secara komersil memantau perusahaan itu setiap masa bagi mengelak masalah sosial dan kacau ganggu kepada penduduk.

”Jadi saya minta agensi-agensi kerajaan yang terlibat supaya memantau masalah ini bagi mengelak kacau ganggu kepada penduduk…mungkin perusahaan ini wujud lebih awal dari kawasan kediaman…jadi satu tindakan kawalan perlu diambil.

”Selain membuat pemantauan, dalam masa yang sama katanya, seiap agensi kerajaan terbabit perlu menyediakan kertas cadangan bagaimana mengatasi masalah itu termasuk cadangan pembinaan zon penampan”katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Raja Ahmad Zainuddin berkata,  selain itu permohonan-permohonan baru juga perlu diteliti dengan baik termasuk tapak-tapak yang dipohon bagi mengelak kedudukannya terlalu hampir dengan kawasan kediaman.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta semua pihak agar memelihara sungai-sungai bagi mengelak berlakunya pencemaran.

”Di kawasan luar bandar, sungai merupakan sumber rezeki kepada penduduk dan pencemaran boleh menyebabkan mereka kehilangan punca pendapatan.

”Selain itu, terdapat di antara sungai-sungai itu yang kini menjadi kawasan pelancongan…jadi saya minta Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri supaya memantau perkara ini,”katanya.

Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi mengelak tindakan pihak tertentu membuang sisa bahan-bahan berbahaya ke dalam sungai.

Tambahnya lagi, penguatkuasaan dan pemantauan berterusan perlu diadakan bagi memastikan sungai-sungai di  negeri ini sentiasa bersih dan tidak tercemar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");