Program Basmi Kemiskinan

Mempercepatkan usaha menaiktaraf Selama-Raja Ahmad

Ketua Umno Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meminta kerajaan negeri mempecepatkan usaha menaiktaraf Selama menjadi sebuah Daerah bagi merancakan pembangunan daerah kecil itu.

Menurutnya, daerah kecil yang terletak diutara negeri itu berada di lokasi yang strategik menghubungkan Daerah Gerik dan negeri pantai timur dengan negeri-negeri lain di utara tanahair.

”Selama juga terletak di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) itu kini berada di landasan yang betul untuk berkembang dari segi ekonomi dan pembangunan seperti daerah lain di negeri ini.

”Saya menggesa kerajaan negeri agar segera mengkaji saranan ini kerana bagi saya Selama mempunyai kekuatan untuk berdiri sebagai sebuah daerah seperti Kampar yang diisytiharkan sebagai daerah ke-10 Negeri Perak pada 21 Mei 2009,”katanya kepada pemberita disini hari ini.

Beliau berkata, dengan menjadi sebuah daerah akan memberikan kelebihan kepada penduduk tempatan dari segi peluang pekerjaan serta peluang ekonomi yang lain.

Tambahnya lagi, pentadbiran akan menjadi lebih mudah sekiranya Selama menjadi sebuah daerah yang kini terletak di dalam kawasan parlimen Larut, Bukit Gantang dan Taiping.

Jelasnya, sebahagian kawasan ini kini berada di bawah pentadbiran penghulu yang berbeza menyebabkan penduduk kampung sukar untuk berurusan apabila timbul masalah melibatkan urusan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kubu Gajah itu berkata, segala bentuk pembangunan boleh dirancang dengan baik dan teliti sekiranya Selama diterajui oleh seorang Pegawai Daerah.

”Kita tidak mengatakan pengurusan pada masa ini tidak baik tetapi Daerah Larut, Matang dan Selama ini terlalu besar…pentadbiran akan menjadi lebih mudah sekiranya dipusatkan,”jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");