Perak Hari Ini

Pemukiman BNBBC menyatukan pemimpin senior dan junior UMNO, MIC dan MCA seluruh Malaysia

“Adun-adun Barisan Nasional bukan sahaja bertanggungjawab dalam membela rakyat malah sanggup tinggal bersama-sama mereka bagi merasai sendiri perit jerih yang dialami”

Demikian penerangan Pengerusi Kelab Adun-Adun BN (BNBBC) Malaysia, Datuk Mohd Nadzri Ismail berkaitan intipati program pemukiman yang bakal diadakan hujung minggu ini.

Menurut Nadzri, program berkenaan merupakan antara pendekatan atau cara kerja baru yang diaplikasikan oleh pemimpin BN dalam usaha menyelami hati dan masalah rakyat secara bersemuka dimana ia sekaligus mampu memberi impak serta “Sentuhan Ukhwah” yang unik.

“Apa yang membezakan program pemukiman kali ini dengan sebelumnya adalah penggunaan sistem keluarga angkat dimana sebelum ini adun-adun akan tinggal di hotel atau resort sepanjang ia berlangsung.

“Jadi kita tidak mahu guna cara itu lagi… apa yang kita mahu adalah jalinan hubungan yang akan diwujudkan dikalangan pemimpin dengan rakyat kerana peserta mempunyai lebih masa untuk bercampur dengan orang ramai

“Kita mahu setiap peserta atau adun yang terlibat dapat menlaksanakan pemukiman seperti ini untuk menyelami permasalahan serta menjawab dan menjelaskan pelbagai isu berkaitan BN dengan jujur dan ikhlas.

“Jadi dengan hubungan yang ada maka ‘Sentuhan Ukhwah’ itu akan tercipta secara semula jadi dan ia sekaligus akan mampu mengubah persepsi rakyat terhadap BN.

“Agenda utama kita dalam program ini adalah nak ubah tanggapan rakyat dan sebab itu sistem keluarga angkat ini digunapakai kerana dengan cara ini pemimpin dapat menyertai aktiviti-aktiviti rakyat.

Pemukiman kali ini bukan sahaja menjanjikan satu transformasi dari BNBBC malah dengan penyatuan Adun-adun lama dan baru sama ada dikalangan UMNO sendiri mahupun MIC dan MCA maka ia diharap dapat mewujudkan satu jalinan yang seolah-olah tidak boleh dipisahkan antara pemimpin dengan rakyat.

Tambah Nadzri, pemimpin BN yang terlibat haruslah menggunakan pengalaman dari program pemukiman itu sebagai wadah kepada cara kerja mereka di kawasan masing-masing di masa akan datang.

“Dalam 135 pemimpin yang terlibat memang ada penyertaan di kalangan nama-nama besar dalam kepimpinan BN dari seluruh negara seperti Menteri Besar Perak sendiri selain Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dan Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim,” katanya

Dengan penglibatan adun-adun dari seluruh Malaysia, maka pendekatan turun padang dan tinggal bersama-sama rakyat ini dapat diaplikasikan ke seluruh negara.

Perlu diingat, program tersebut bukanlah diadakan semata-mata kerana pilihanraya yang dikatakan semakin hampir sebaliknya ia merupakan pendekatan atau langkah berterusan yang dianjurkan oleh BNBBC.

Program pemukiman tersebut akan berlangsung dalam lapan berparlimen dan 20 kawasan pilihan raya negeri, akan dibuka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Simpang, Taiping pada 14 Jan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");