Perak Hari Ini

Sambutan 2012 menunjukkan bermulanya Tahun Melawat Perak

Sambutan ambang tahun baru 2012 malam tadi berlangsung meriah dengan pelbagai acara menarik termasuk Perlancaran Polis Pelancong Negeri Perak semepena Tahun Melawat Perak 2012.

Turut hadir ke majlis itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli yang sama-sama meraikan kedatangan tahun baru 2012 bersama ribuan rakyat Perak yang hadir ke Stadium Perak malam tadi.

Menurut Zambry, kedatangan tahun baru menunjukkan detik baru bagi negeri itu untuk meneruskan kecemerlangan kemajuan Perak ke tahun-tahun akan datang.

Malah jelasnya, bagi pihak kerajaan negeri, pemimpin itu mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dokongan rakyat negeri itu dalam membantu melancarkan pentadbiran selain mengekalkan keamanan sedia ada.

“Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih diatas rakyat yang sentiasa bekerja keras selama ini selain kasih sayang dan persefahaman yang diberikan.

“Kita akan pastikan negeri Perak kita ini akan sentiasa maju dan seiring dengan negeri-negeri lain dalam usaha meloonjakkan ekonomi rakyat ke tahap yang lebih baik.

Tambah Zambry, apa yang diharapkan sepanjang 2012 nanti adalah rakyat dapat membantu kerajaan negeri dalam usaha menonjolkan negeri itu dengan mempamerkan segala keistimewaan yang ada di Perak.

Malah katanya, dengan adanya sokongan dan bantuan rakyat maka beliau yakin Perak akan dapat mencapai tahap pelancongan yang membanggakan iaitu kira-kira 5 juta pengunjung.

“Kita bukan sahaja mahu Perak dikenali sebagai negeri yang mempunyai pelbagai destinasi pelancongan menarik semata-mata sebaliknya kita mahu sikap keramahan dan identiti yang mesra menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini,” katanya selepas meraikan Tahun Baru 2012 malam tadi.

Antara acara yang dijalankan malam tadi adalah konsert sementara menanti di ambang 2012 dimana terdapat pelbagai artis yang memeriahkan konsert itu ialah Saleem Iklim, Adam Af, Ramli Sarip dan AC Mizal sebagai pengacara majlis.

Selain itu terdapat juga pelancong-pelancong asing dari Netherland dan beberapa negara lain yang turut bersama-sama meraikan kedatangan tahun baru.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");