Sukan Hari Ini

PAFA memantau pasukan Liga Super dan Piala Presiden memastikan kesemuanya bersih dari rasuah.

Presiden Pafa, Datuk Zainol Padzi Paharuddin

Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) akan memantau keseluruhan pasukan Liga Super dan Piala Presiden bagi memastikan kesemuanya bersih dari perbuatan rasuah.

Tegas Presiden Pafa, Datuk Zainol Padzi Paharuddin, pemain atau pengurusan pasukan yang didapati terlibat dengan gejala itu akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang atau digugurkan serta merta.

”Diperingkat Pafa kita memantau perkara ini…kita tidak mahu isu yang melanda pasukan bolasepak negara pada tahun 1994 berulang semula dan memberi kesan kepada arena bolasepak negara,”katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, Pafa selama ini melaburkan jutaan ringgit di dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap untuk bersaing di dalam Liga Super dan Piala Presiden.

Katanya, perbuatan rasuah akan menyebabkan mutu dan kualiti permainan pemain terlibat hilang dan memberi kesan kepada keseluruhan pasukan.

Untuk itu, katanya, pengurusan Pafa akan mengambil langkah menanamkan semangat amanah dan bertanggungjawab kepada semua pemain dan pegawai dengan mengadakan seminar kesedaran khususnya bagi membina semangat dan menyedarkan mereka.

”Kita akan memerangi rasuah di dalam bidang sukan…bukan sahaja bolasepak tetapi semua sukan,”kata Zainol yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memutuskan akan menggantung 18 pemain Piala Presiden di antara dua hingga lima tahun berhubung isu rasuah.

Selain pemain tersebut, seorang jurulatih juga dikatakan terlibat dan akan menghadapi hukuman penggantungan seumur hidup.

Menurut kenyataan FAM, nama kesemua pemain terbabit akan diumumkan Rabu ini.

Sementara itu, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang dihubungi mencadangkan satu jawatankuasa khas dibentuk di peringkat FAM dan negeri bagi menangani dan merungkai permasalahan itu.

”Saya rasa perkara ini perlu ditangani segera bagi menyelamatkan imej bolasepak negara dari terus tercemar…jawatankuasa ini berperanan sebafai mekanisme penting untuk mencari formula membendung gejala rasuah dari terus berleluasa.

”Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai pihak yang tidak berkepentingan di dalam sukan ini…jadi jawatankuasa khas ini perlu ditubuhkan segera,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");