Kolumnis

PAS akan jual FELDA kalau menang PRU..

Hebat!! Hari ini Ketua Penerangan PAS sendiri sudah mengesahkan bahawa PAS/Pakatan akan bubarkan FELDA kalau mereka menang di PRU13 dan tawan Putrajaya. Ini merupakan janji terbaru yang dilafazkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man didalam satu ucapannya di Pahang.

Tujuan PAS ialah, kononnya mereka mahu menyelesaikan masalah rakyat yang tak mempunyai tanah. Jika mengikut tafsiran Tuan Ibrahim dan juga PAS, kerajaan BN lah yang menyebabkan generasi sekarang tak mempunyai tanah.

Dan untuk selesaikan masalah tersebut, PAS melalui Tuan Ibrahim telah melafazkan janji untuk menjadikan FELDA sebagai galang gantinya. Tanah-tanah FELDA yang berjumlah 134 hektar diseluruh negeri Pahang akan diberi percuma kepada rakyat..

Satu yang Tuan Ibrahim terlupa, tanah-tanah FELDA semuanya pada ketika ini sedang diusahakan oleh peneroka-peneroka FELDA seluruh negara. Tanah pertanian itulah yang menjadi sumber pendapatan mereka sejak beberapa puluh tahun yang lalu.

Jika PAS mahu ‘merampas’ dan ‘membubarkan’ FELDA, bagaimana pula dengan nasib para peneroka dan juga keluarga mereka? Siapa yang hendak menanggung segala pendapatan mereka yang hilang akibat dari pembubaran FELDA?

Tindakan PAS itu sekaligus membayangkan peneroka-peneroka FELDA akan terpaksa mencari kerja baru dikawasan-kawasan berdekatan. Mungkin selepas berpuluh tahun bergelar peneroka, selepas ini mereka akan bergelar pekerja kilang pula.

Inilah bukti kebodohan yang ada pada manusia yang bernama Tuan Ibrahim Tuan Man. Dia sanggup ‘menjual’ FELDA kononnya untuk selesaikan masalah rakyat yang tak mempunyai pemilikan tanah sendiri.

Kalau begitu, bagaimana pula jika anak cucu generasi yang mendapat rampasan tanah FELDA juga mahukan tanah seperti ayah dan datuknya? Tanah mana pula yang akan Tuan Ibrahim gadai? Takkan Tuan Ibrahim mahu memberi tiap seorang satu lori tanah merah kot?

Macam ni punya bengap pun boleh jadi Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga Pesuruhjaya PAS Pahang ke? Patutlah jemaah PAS semuanya buta kayu belaka.., pemimpin mereka pun 2X5 juga bengapnya..

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");