Sukan Hari Ini

Yob perlu kekal momentum

KESEBELASAN Perak diharap dapat meneruskan momentum sedia ada ketika melayan kunjungan Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam ini.

Ketua jurulatih skuad Kejor Yob Kejor itu, Norizan Bakar berkata, kesebelasan pemain juga diharap dapat memberikan komitmen sepenuhnya sebagaimana yang dilakukan pada perlawanan-perlawanan sebelum ini bagi mencatat keputusan terbaik pada perlawanan tersebut.

“Persiapan kita seperti biasa, kita akan tengok apa-apa kelemahan yang boleh kita perbaiki lagi menjelang perlawanan ini.

“Alhamdulillah, setakat ini, semua pemain mengikut perancangan kita dan kita harap pemain akan dapat kekalkan momentum tersebut,” katanya ketika mengulas perlawanan menentang Sarawak di Stadium Perak, malam ini.

Sementara itu, Norizan mengakui masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan menentang skuad ‘bujang senang’ itu.

Katanya, kesempatan yang ada dalam beberapa hari lalu juga telah digunakan sebaiknya, khususnya dalam sesi latihan pasukan bagi melihat serta memperbaiki beberapa kelemahan pasukan.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");