Isu Panas

Formula Penyelesaian Kemelut Kedah Diumum Isnin, Kata Mustafa

Formula penyelesaian isu kepimpinan PAS Kedah antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan dua anggota exconya akan diumumkan pada sidang media PAS pusat Isnin, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata mesyuarat jawatankuasa PAS pusat di Alor Setar Sabtu malam membincangkan formula itu, selepas Azizan mengadakan perbincangan dengan kedua-dua exco itu, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh.

“Saya tak boleh ulas formula itu. Tunggulah Isnin. Satu sidang media akan diadakan jam 11 pagi dengan dihadiri empat pemimpin parti, termasuk saya, Datuk Salahuddin (Ayub), Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan mungkin presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata kepimpinan PAS pusat telah mengadakan perbincangan dengan ketiga-tiga mereka selama dua jam, diikuti dengan mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS selama tiga jam bagi membincangkan jalan penyelesaian.

Sumber-sumber memberitahu formula penyelesaian itu membabitkan Phahrolrazi dan Dr Ismail untuk terus dilantik semula dan memegang jawatan exco sehingga pilihan raya umum akan datang walaupun kedudukan mereka sebagai Exco berakhir 7 Mac ini. Azizan pula akan kekal sebagai Menteri Besar sehingga pilihan raya umum akan datang.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");