Perak Hari Ini

Kajian Merdeka Centre: Sokongan yang meningkat beri imej, kesan baik kepada BN

Tahap sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang semakin meningkat secara tidak langsung memberi imej dan implikasi yang baik terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan yang juga merangkap  Pengerusi BN, sekaligus melambangkan imej parti berkenaan.

“Dengan adanya bancian sikap ini, saya harap ia dapat memberi implikasi yang baik kepada BN secara keseluruhannya,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Beliau mengulas laporan rating sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meningkat 69 peratus daripada 59 peratus pada Ogos 2011 berdasarkan kajian Merdeka Centre for Opinion Research.

Pusat tinjauan pendapat itu berkata, ini disebabkan mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.

Pusat itu berkata tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Februari, sokongan terhadap Perdana Menteri paling tinggi, pada 78 peratus di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan dengan respon India pada 80 peratus dan respon Melayu 74 peratus.

Tinjauan itu juga mendapati rasa puas hati dengan Perdana Menteri adalah lebih tinggi di kalangan respondan pada usia 50 tahun ke atas, di tahap lebih 73 peratus, berbanding 64 peratus di kalangan respondan lebih muda berumur antara 21 hingga 30 tahun.

Hasil tinjauan juga menunjukkan sebanyak satu pertiga respondan yang mirip kepada Pakatan Rakyat, selaku pembangkang melahirkan rasa puas hati dengan Perdana Menteri.

“Pada pendapat kami, meningkatnya rasa puas hati orang ramai barangkali disebabkan kesedaran meluas tentang inisiatif mesra rakyat dan cadangan menambah baik kedudukan demokrasi Malaysia, seperti penggantian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), cadangan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti dan langkah bagi meningkatkan ketelusan proses pilihan raya,” kata pusat itu.

Rasa positif terhadap kerajaan adalah lebih tinggi di kalangan pengundi lebih tua dan paling rendah di kalangan pengundi muda, menurut tinjauan itu yang dijalankan bagi menilai persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa dalam negara.

Sejumlah 1,022 pengundi berdaftar terdiri daripada 59 peratus respondan Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India diiinterbiu menerusi telefon pada tinjauan itu.

Terdahulu, Zambry menyerahkan bantuan dermasiswa Badan Amal dan Usaha Isteri Perak (BAIDURI)  kepada 90 pelajar Tingkatan Enam Atas dari seluruh Perak yang menerima RM500 setiap seorang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");