Jenayah

Kes bekas pengasuh TASKA tampal mulut bayi dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya Isnin

KLUANG: Polis akan mengemukakan kertas siasatan berhubung kes dua bekas pengasuh sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang didakwa menampal pita pelekat pada mulut dan melilit kain bedung pada bayi jagaan mereka kepada Timbalan Pendakwa Raya, Isnin ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata polis dalam melengkapkan siasatan terhadap kes berkenaan sudah merekodkan lapan keterangan untuk ia dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

“Lapan individu yang direkodkan keterangan itu termasuk dua bekas pengasuh dan pemilik taska terbabit.

“Kita akan majukan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin dan tunggu nasihat untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas menghadiri program “High Profile Policing” bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, di Sekolah Tunku Mahmood (1), di sini, hari ini.

Rabu lalu, akhbar mendedahkan klip video menunjukkan lebih lima bayi yang sedang tidur di sebuah bilik di sebuah taska di Taman Kota Masai, dekat Pasir Gudang yang ditampal dengan pelekat pada mulut mereka selain dililit dengan menggunakan kain bedung oleh dua bekas pengasuh taska terbabit.

Kedua-dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu dipercayai cuba mensabotaj majikan mereka selepas diberhentikan kerja dari taska berkenaan Januari lalu.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");