Berita Hari Ini

Peningkatan Kutipan LHDN Tahun Lepas Pencapaian Luar Biasa – Najib

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan kutipan hasil tahun lepas hampir 27 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, merupakan satu pencapaian luar biasa.

Perdana Menteri berkata kejayaan badan itu mengutip hasil RM109.7 bilion tahun lepas, bukan sahaja membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak perkhidmatan kepada rakyat tapi ia juga dapat memberi rangsangan kepada sektor swasta untuk meningkatkan pelaburan mereka.

Katanya ia juga akan memberi keyakinan pelabur terhadap pasaran dalam negara selepas menilai kaedah pengurusan ekonomi negara, kerana dalam era global kini, faktor pasaran global adalah sesuatu yang amat penting.

“Kalau tidak ada keyakinan terhadap kita, rating Malaysia akan merudum,” katanya semasa berucap merasmikan Menara Hasil, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberjaya, di sini, Khamis.

Beliau memberi contoh beberapa negara Eropah, yang menghadapi kemelut ekonomi, disebabkan kegagalan mereka mengutip hasil menerusi cukai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");