Isu Panas

Terowong Smart Penyelamat Warga KL

WARGA Kuala Lumpur seharusnya bersyukur kerana hari ini mereka masih dapat bangun mencari rezeki seperti biasa di bandaraya yang serba canggih ini.

Mungkin ramai dari mereka tidak sedar bahawa semalam, kota metropolitan ini berpotensi musnah akibat banjir besar. Ini kerana, hujan yang terlalu lebat di Kuala Lumpur semalam adalah yang terburuk pada abad ini dan hampir menyamai tragedi banjir 1971 yang memaksa YAB Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak mengisytiharkan darurat pada 5 Januari 1971.

Dalam tragedi tersebut, Kuala Lumpur merupakan tempat yang paling teruk dilanda banjir di mana hampir 60% kawasannya ditenggelami air sehingga bandaraya ini bagaikan berada di tengah lautan.

Banjir yang melanda pada tahun 1971 ini surut dalam masa seminggu kemudian dengan mengorbankan 24 orang dan kerugian harta benda dianggarkan melebihi RM84.7 juta.

Kerajaan pada ketika itu telah mengambil pengajaran dari banjir tersebut dan dengan pantas memperbaiki sistem saliran bagi mengelak tragedi yang sama berulang. Kerana itu, tragedi buruk seperti itu mampu dielakkan selama bertahun-tahun.

Namun, pembangunan yang terlampau pesat dan pantas tetap membawa kita kepada masalah banjir kilat yang kerap.

Ramai yang merungut malah menyumpah-nyumpah kerajaan apabila terpaksa berhadapan dengan banjir kilat saban tahun di Kuala Lumpur.

Tetapi, sedarkah kita bahawa Terowong Smart yang dibina oleh kerajaan telah menyelamatkan warga KL dari bencana banjir besar semalam?

Terowong Smart yang mula beroperasi pada Januari 2007 adalah bukti keprihatinan dan kebijaksanaan kerajaan Malaysia. Semenjak dibuka sehingga 2010, terowong ini telah berjaya mengelakkan 7 kejadian banjir kilat yang mampu mengakibatkan kemusnahan yang besar.

Dan semalam, terowong ini adalah penyebab kita semua selamat dan mampu bekerja dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa hari ini.

Terowong Smart merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia iaitu 9.7 kilometer. Terdapat dua komponen bagi terowong ini iaitu terowong air dan terowong jalan.

Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak.

Tanpa terowong ini, dijangka Kuala Lumpur telah tenggelam semalam dan beribu atau berjuta warganya akan terperangkap. Perniagaan juga musnah dan pasti mengambil masa yang panjang untuk memulihkannya semula. Kemungkinan kehilangan nyawa juga tidak dapat diketepikan.

Lihat saja apa yang berlaku di Bangkok pada Oktober 2011. Demi menyelamatkan Bangkok, kerajaan Thailand telah terpaksa ‘mengorbankan’ penduduk di pinggir bandaraya itu dengan membina ‘tambak’ bagi menghalang air memasuki bandaraya.

Bagaimanapun, bandaraya tersebut tetap terjejas teruk sehingga memaksa lapangan terbang ditutup.

Justeru, tidak boleh tidak, kita wajar mengakui betapa bertuahnya kita kerana kerajaan Malaysia mampu berfikir mendahului kerajaan lain di rantau ini yang menghadapi risiko yang sama.

Sebaiknya kita semua berhenti merungut dan mencemuh serta belajar mensyukuri nikmat yang ada di depan mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");