Isu Panas

Fitnah ATM, Nizar Jual Fitnah Untuk Raih Populariti Yang Semakin Merudum

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin menganggap tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa kononnya Perdana Menteri meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan sesuatu sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 sebenarnya adalah lebih kepada mencari populariti dalam parti Pas dan pakatan pembangkang.

Katanya, Nizar kini sudah tidak popular di dalam parti dan memandangkan PRU sudah semakin hampir dan mungkin bimbang namanya tidak tercalon, dia terpaksa mereka cerita demi menaikkan kembali namanya.

“Mungkin ramai di dalam parti Pas sendiri sudah menyedari cakap-cakap Nizar tidak boleh dipercayai. Ini menyebabkan dia semakin dipinggirkan dalam parti.

“Demi mempopularkan diri yang semakin merundum, Nizar membuat kenyataan tersebut untuk mencari isu panas. Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak juga Nizar sering mengamalkan sikap begini. Apa yang dia cakap tiada fakta dan asas.

“Bila berceramah pula, dia  cepat lupa diri dan berasa megah apabila orang bersorak dan bertepuk tangan. Itu yang dia semakin galak menabur fitnah,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Sikap Nizar ini tegas beliau lagi amat merbahaya kerana ianya boleh memberikan impak tidak baik kepada masyarakat.

Justeru beliau berharap, tindakan harus diambil terhadap Nizar kerana perbuatannnya mampu menyebabkan masyarakat berasa takut dan berbalah.

“Tuduhan yang dibuat oleh Nizar amat berat dan mampu mengundang impak yang tidak baik. Tindakan harus diambil agar rakyat tahu Nizar pembohong dan tidak layak bergelar pemimpin.

“Manusia seperti Nizar, sama sekali tidak boleh memimpin rakyat ke jalan yang betul dan baik. Saya nasihatkan Nizar balik sahajalah ke kawasannnya kerana masyarakat di kawasannya Pasir Panjang telah lama terbiar. Nasib penduduk di situ tidak terbela.

“Jangan sibuk dengan benda lain sehinggakan tanggungjawab yang telah diamanahkan tidak terlaksana. Mungkin ini kali terakhir dia bakal berkhidmat sebagai ADUN jadi selagi ada masa, berilah yang terbaik,” ujar Norashikin.

MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");