Sukan Hari Ini
Like

Kelantan gah benam Lions XII

May 5, 2012
80 Views
0 Comments
1 minute read
Kelantan gah benam Lions XII

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kelantan berjaya menjinakkan pendahulu liga, Lions XII 3-0 dalam pertarungan dua pasukan teratas Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, semalam.

Kemenangan itu membawa Kelantan kini hanya dua mata di belakang Lions XII dengan kurang tiga perlawanan dan berpeluang cerah kembali merampas kedudukan teratas liga jika mampu mencatatkan kemenangan dalam tiga baki perlawanan tersebut.

S. Chanturu membuka tirai jaringan pada minit ke-72 selepas mengasak hebat ke kubu Lions XII melalui sepakan voli menarik sebelum Kelantan memperoleh gol kedua lima minit kemudian melalui Mohd. Norfarhan Muhammad pada minit ke-77 selepas menerima hantaran daripada ketua pasukan, Mohd. Badri Radzi.

Mohd. Rizal Fahmi Rosid menceriakan 20,000 penyokong setia Red Warriors apabila mencipta jaringan ketiga yang amat menarik melalui sepakan padu dari jarak 20 meter yang hanya mampu diperhatikan oleh Hyrulnizam Jumaat pada minit ke-86.

Kelantan sepatutnya boleh meraih kemenangan yang lebih besar jika penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha mampu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit kelima tetapi dapat diselamatkan oleh Hyrulnizam.

Dalam dua lagi perlawanan Liga Super, Sabah mengalahkan Felda United 1-0 di Stadium Likas manakala di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu terikat 2-2 dengan Perak.

-UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat

Leave a Reply