Isu Panas

Ketua Wanita MCA Melaka Pertahan Tindakan Hadir Perhimpunan Di Melaka

MELAKA, 2 Mei (Bernama) — Ketua Wanita MCA Melaka Datuk Kian Sit Har mempertahankan tindakannya serta tidak akan meletak jawatan dalam parti kerana menghadiri perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir Sabtu lepas.

Katanya beliau menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi dan sebagai waraganegara yang prihatin.

“Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya menyokong dua perkara penting yang diketengahkan pada perhimpunan itu iaitu menghapuskan rasuah dan supaya pilihan raya umum akan datang ini berlangsung dalam keadaan adil dan bersih. “Perkara ini baik untuk rakyat keseluruhan dan saya menghadirinya kerana saya rasa dua perkara sebagai isu nasional ini perlu disokong,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kian diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta beliau meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.

— BERNAMA

KOMEN PERAK TODAY

Ketua Wanita MCA mungkin bersetuju dengan Chua Soi Lek yang mengizinkan ahli MCA menyertai demo kerana ia adalah hak individu yang mahukan sebuah kerajaan bersih dan pilihanraya bersih.

Mungkin Ketua Wanita Mca Melaka ini tidak faham ayat Chua Soi Lek. Soi Lek menyatakan bahawa semua orang mahukan satu pilihan raya yang bersih bukan kotor seperti yang dibawa pembangkang.

Mengenai membenarkan ahli Mca pergi menyertai demo mungkin juga Soi Lek ingin melihat kebijaksanaan pemimpin Mca. Sekarang Soi Lek mungkin sudah mengenal pasti siapa yang cerdik dan siapa yang bodoh.

Kalau benar lah Soi Lek ingin memerangkap ahli partinya maka satu tindakan harus dikenakan terhadap Datuk Kian Sit Har. Jika tidak Soi Lek perlulah mengambil tindakan disiplin terhadap dirinya sendiri kerana membenarkan ahli Mca menyertai demo bershit 3.0.

Beranikah Mca berbuat begini di zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri?

Kesian DS Najib [ PM], dia diuji sekali lagi…

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");