Sukan Hari Ini

PMAP anjur Kejohanan Muaythai Perak Challenge 3, Sabtu ini

Persatuan Muaythai Amatur Perak (PMAP) terus melangkah proaktif dalam mempromosikan sukan muaythai dengan menganjurkan Kejohanan Muaythai Perak Challenge 3,  Sabtu ini.

Kejohanan itu bakal berlangsung di Akademi Muaythai, Jalan Watson mulai jam 8.30 malam.

Perlawanan kemuncak akan menyaksikan pertarungan dua jaguh muaythai tempatan untuk merebut gelaran juara Terbuka Perak antara Sayuti dan Khai.

Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan pertarungan hebat ini boleh membeli tiket perlawanan yang dijual pada harga RM20 dan RM10 sahaja.

Kerajaan negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) adalah penaja utama kejohanan itu.

Sebarang maklumat berkaitan kejohanan dan pembelian tiket boleh menghubungi talian 019 5710101, 013 5939399, 018 3593909 untuk keterangan lanjut.

Pada 31 Mac lalu, persatuan itu menganjurkan kejohanan muaythai peringkat antarabangsa yang menyaksikan peninju Malaysia, Mohd Ali Yaakub menewaskan lawannya. peninju Thailand, Bua Palangpet.

Mewakili Dragon Muaythai, Mohd Ali menguasai pertarungan dan kecederaan di bahagian dahi Bua menyebabkan pertandingan itu terpaksa ditamatkan pada pusingan ketiga.

Bua yang mewakili Boxx Warriors Subang bukan lawan bagi Mohd Ali yang lebih tangkas dan banyak menyerang lawannya sekaligus dinobatkan sebagai pemenang yang pulang bersama wang tunai RM3,000 berserta piala.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");