Perak Hari Ini

Pembangkang tabur janji kosong, rakyat usah terpedaya: Ahmad Zahid

Kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa agama Islam tidak lagi kekal sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan hanya satu gimik politik yang dimainkan oleh parti pembangkang untuk meraih sokongan rakyat terutamanya bukan Islam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan tersebut sebahagian daripada ungkapan retorik yang sering dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang.

“Semasa beliau memerintah Terengganu dahulu, tiada perlembagaan yang mereka telah ubah malah langsung tiada perubahan yang dilakukan,” jelasnya.

Beliau menggesa pihak pembangkang agar jangan hanya pandai menabur janji-janji kosong kepada rakyat.

“Sebelum dapat kuasa macam-macam boleh janji, manifesto yang terdahulu pun masih belum ditunaikan. Jangan terus-terusan membohongi masyarakat kerana mereka sudah bijak,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambar aksi seks pemimpin pembangkang baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata, seperti biasa,  pembangkang akan melihat ia sebagai satu siri fitnah daripada pihak UMNO.

Malah, dalam keadaan yang terdesak untuk memancing sokongan rakyat, Ahmad Zahid berkata, mereka akan membuat penafian bermati-matian bagi menutup kesalahan demi kesalahan mereka yang sudah terbongkar.

“Apa sahaja yang berlaku kepada pembangkang mereka pasti akan menuduh UMNO adalah dalangnya,” jelasnya.

Sebelum ini, media telah menyebarkan beberapa gambar aksi panas seorang lelaki yang mirip dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Selepas tersebar luas, Azmin Ali hanya membuat penafian terhadap isu skandal tersebut tanpa disusuli laporan polis.

Perkembangan terbaru membabitkan Azmin itu sekaligus telah mengoyahkan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin pembangkang yang sering terpalit dengan isu skandal seks.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");