Berita Hari Ini

Penganjuran Perhimpunan Di Mekah, Madinah Calar Imej Baik Malaysia

Penganjuran perhimpunan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di Mekah dan Madinah, 26 April lepas telah mencalar imej rakyat Malaysia yang sering dikenali sebagai berakhlak mulia di kalangan rakyat Arab Saudi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya berkata perhimpunan seperti itu juga telah memberi impak tidak baik dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dan Arab Saudi.

“Kalau kita pergi mana-mana tempat di Arab Saudi, orang (tempatan) akan puji kita dan kata orang Malaysia berakhlak bagus.

“Dengan penganjuran perhimpunan itu, yang bercampur aduk lelaki dengan perempuan dan diterajui oleh orang yang benci dan anti Islam, jadi ia akan memburukkan nama kita (Malaysia),” katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Beliau mengulas mengenai penganjuran perhimpunan berkenaan di Masjid Nabawi, Madinah dan berhampiran dengan Masjidilharam, Mekah, dipercayai oleh pemimpin dan ahli-ahli Pas.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");