Jenayah

2 pelajar teknik lemas di Air Terjun Sekayu

HULU TERENGGANU – Dua pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu mati lemas di Air Terjun Sekayu di sini hari ini.

Mereka ialah Mohd. Azrul Azmir Maidin dan Mohd. Hanif Izuddin, kedua-duanya berusia 17 tahun dan berasal dari Seberang Takir dan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Mangsa pergi ke air terjun itu bersama enam lagi pelajar sebelum kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi.

Seorang rakan mangsa, Mohd. Arif Harun berkata, pada mulanya Mohd. Azrul Azmir yang turun mandi, tiba-tiba dihanyutkan arus.

Mohd. Hanif cuba membantu tetapi dia juga lemas di dalam air sedalam tujuh meter itu.

Mohd. Arif berkata, kejadian itu kemudiannya dimakumkan kepada pihak bomba dan penyelamat yang menemui mayat kedua-dua mangsa pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi di celah batu di dasar air terjun itu.

Ketua Operasi Bomba Hulu Terengganu, Khairul Anwar Bidin berkata, kawasan tersebut tidak dibenarkan untuk mandi-manda.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");