Membawang Hari Ini

Shila Amzah mula demand?

BETULKAH anak dara ND Lala tu dah makin tinggi harganya? Dengar-dengar ceritanya harga Shila mencanak naik selepas habis pertandingan Mania di Astro Ria tu.

Itu kata-kata yang Joyah dengar sedang bertebaran dalam kalangan orang industri.

Joyah tak percaya sangat berita-berita macam ni. Bukan apa, dah banyak sangat cerita yang tak benar pasal Shila orang reka sejak akhir-akhir ini. Orang tu tak hempas telefon bimbit, dikata bergaduh sampai macam tu sekali. Macam-macam…

Ala, biasalah cerita-cerita ‘panas’ macam ni. Shila pun berpacaran dengan orang yang panas juga. Jadi tempiasnya memang selalu kena hidung sendiri.

Terbaru cerita yang Joyah dengar apabila ada sebuah stesen TV yang panggil Shila untuk menjayakan sebuah program mereka. Bila sebut sahaja harga token yang nak dibayar, terus Shila minta naik lagi daripada harga yang ditawarkan.

Lalu orang stesen TV pun bengang dengan insiden tersebut dan terus menjaja cerita yang harga Shila dah semakin naik sejak akhir-akhir ini. Betul ke macam tu?

Kalau nak bayar dengan harga token pun berpada-pada juga. Sebab Joyah tahu sangat harga token yang diberi oleh stesen TV itu tak besar mana pun kalau nak banding dengan penglibatan artis dalam program mereka.

Ramai artis lain merungut tentang bayaran token yang tak pernah naik sejak zaman dulu-dulu lagi. Harga petrol pun dah mahal, tolak itu semua berapa yang artis kita dapat?

– UTUSAN MALAYSIA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");