Perak Hari Ini

‘Anak muda tidak benci UMNO’: DS Zambry

Siri Kayuhan Basikal anjuran Barisan Nasional (BN) Perak yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerima sambutan baik daripada golongan belia, sekaligus membuktikan bahawa pendekatan pemimpin nombor satu negeri itu juga semakin disenangi rakyat jelata.

Sambil menyangkal kenyataan pembangkang yang mendakwa kononnya golongan belia kini tidak lagi mahu menerima kepimpinan BN, beliau berkata, penyertaan serta sokongan yang ditunjukkan menerusi aktiviti tersebut sudah membuktikan dakwaan tersebut adalah fitnah semata-mata.

“Hari ini saja kita dapat lihat anak-anak muda yang begitu bersemangat berkayuh sejauh 38 kilometer,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Mesra Rakyat di Kampung Pengakalan Pegoh iaitu hentian terakhir aktiviti kayuhan basikal tersebut.

Jelasnya, pembangkang sengaja cuba menabur fitnah kerana mereka cemburu dengan sokongan yang diberikan oleh golongan belia kepada UMNO.

“Dalam siri lawatan kerja di daerah Larut baru-baru ini, saya begitu terharu dengan sambutan golongan belia yang diberikan kepada saya,” katanya.

Zambry berkata, seramai  500 menyertai konvoi bermotosikal tersebut dan berarak menuju ke Kubu Gajah.

Jelasnya, ia menunjukkan sokongan golongan belia tidak pernah goyah namun hanya cuba dipermainkan oleh pembangkang yang tidak senang duduk dengan keadaan tersebut.

Tambahnya lagi, adalah jelas bahawa golongan pembangkang hanya tahu memfitnah tanpa melakukan apa-apa usaha mendekati golongan belia tersebut.

“Dengan ada aktiviti sihat sebegini kita beri satu harapan baru kepada anak muda.

“Alhamdulillah dengan sokongan yang diperlihatkan, anak muda sebenarnya tidak benci UMNO,” tegasnya.

Ketika mengulas demonstrasi yang menentang pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman, dekat Lahat baru-baru ini, beliau berharap mana-mana pihak supaya tidak memainkan sentimen agama yang boleh menimbulkan perkara tidak diingini.

“Saya harap pihak tersebut menghormati keputusan mengenai keperluan menubuhkan sekolah agama rakyat dikawasan tersebut,” katanya.

Tegasnya, sekolah tersebut dibina berdasarkan permohonan serta rayuan yang diterima penduduk di kawasan berkenaan.

“Saya tidak faham apa sebenarnya dimahukan oleh mereka (pihak yang menyertai demonstrasi),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");