Isu Panas

Golongan Muda Diminta Tidak Jadikan Pilihan Raya Bahan Eksperimen

RAUB, 1 Jun – Rakyat terutamanya golongan muda diingat agar tidak sesekali menjadikan pilihan raya sebagai eksperimen.

Naib Presiden UMNO, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata pilihan raya adalah satu tanggungjawab kepada rakyat untuk menentukan masa depan negara.

“Ia tidak boleh dijadikan sebagai mainan atau percubaan (eksperimen) kerana jika tersalah pilih padahnya selama lima tahun.

“Amalan demokrasi  yang memberikan kebebasan kepada rakyat  tidak seharusnya disalahgunakan, sebaliknya ia digunakan dengan bijak apatah lagi untuk memilih kerajaan bagi menerajui negara,” katanya berucap pada Program ‘Raub Challenge’ anjuran GiatMara di Kampung Pamah Kulat, Dong semalam.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya membawa pembangunan untuk rakyat dan ini terbukti apabila sebahagian besar kawasan luar bandar dan pedalaman sudah mempunyai kemudahan asas.

“Rakyat tidak seharusnya menyalahgunakan hak mereka pada pilihan raya nanti atau menjadikan pilihan raya itu sebagai percubaan, sebaliknya pilih  kerajaan yang boleh membela dan melaksanakan pembangunan untuk rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");