Sukan Hari Ini

Piala Sultan Azlan Shah: New Zealand, Argentina rebut juara

IPOH 3 Jun – New Zealand akan bertemu Argentina bagi penentuan juara dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-21 pada perlawanan akhir yang dijadualkan pada pukul 8 malam.

Walaupun kalah kepada Korea pada perlawanan terakhir peringkat pertama tetapi jurulatih pasukan Shane Mcleod dilihat seperti ingin merehatkan anak-anak buahnya bagi bertarung dalam perlawanan akhi.

Begitu juga pasukan Argentina yang menewaskan skuad negara malam ini dilihat bermain dengan lebih berhati-hati bagi mengelak kecederaan.

Gol Argentina dijaringkan Pedro Ibarra pada minit ke-40 melalui pukulan sudut penalti yang menewaskan penjaga gol negara.

Skuad negara yang pada mulanya mencatatkan seri ketika turun menentang Korea dan Great Britain hanya sekadar mengumpul lima mata serta akan bertemu semula dengan gergasi Asia, Korea dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam yang dijadualkan pada pukul 6 petang esok.

Sementara itu, tuan rumah Sukan Olimpik 2012, Britain akan bertemu India dalam perlawanan penentuan merebut tempat ketiga dan keempat.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");